CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disumbat Dalam Beg- Mayat Wanita Dijumpai Di Kulai, Dah Mereput Dan Ada Maggot

13-4-2023 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2671| Komen: 30

KULAI – Rangka mayat seorang wanita berusia 25 tahun dipercayai dibunuh telah ditemui di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah hentian bas berhampiran Hospital Kulai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan rangka mayat itu pada pukul 1.50 petang.

Menurut beliau, ketika ditemui, rangka mayat berkenaan sudah mereput lebih daripada 50 peratus dengan telah ada ulat ‘maggot’.


Foto: Kosmo

“Polis menerima panggilan telefon seorang lelaki memaklumkan terdapat satu beg berisi mayat dijumpai. Rangka mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati, jantina mayat berkenaan adalah seorang wanita berusia anggaran 25 tahun, dengan terdapat kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala.

“Wanita itu dipercayai telah dibunuh lebih dua minggu lalu, bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, siasatan berhubung kes itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan pesalah boleh dikenakan hukuman mati.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Sivachandran di talian 016-2850204,” jelasnya.

Terdahulu, penemuan rangka mayat itu tular di media sosial penduduk daerah berkenaan sehingga menyebabkan orang ramai melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang berlaku. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 13-4-2023 06:44 PM
'Maggot' dlm Bahasa Melayunya - Ulat berenga
Quote ezacbee 13-4-2023 06:46 PM
Dah reput.

Senang tul bunuh orang masuk dalam luggage.
Quote kakikuDibibirmu 13-4-2023 06:47 PM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote green~tea 13-4-2023 06:51 PM
Ehhhhhh apasalllll banyak berita ngeri today??????

Baru sempat bukak FB, forum right now... bukak2 je semua berita ngeri.. ibu pantang tikam leher lah, belas2 motor terbakar depan klcc la... hutan thailand terbakar sbb suhu cecah 50 deg lah.... and now this...

Allahu
Quote JunkMail 13-4-2023 06:54 PM
Bini sapa pulak ni? Dasar betul hari hari ada kes tikam tikam bunuh bunuh skrg.
Quote b_n_c 13-4-2023 06:55 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-4-2023 06:47 PM

eh babunnnnnnnn....!!!!!!

nsb x malam...
trkejut iols
Quote 3chanceno 13-4-2023 06:55 PM
Kesiannya mangsa...famili mesti tercari2 tapi tak jumpa..
Quote gideoncross 13-4-2023 10:47 PM
JunkMail replied at 13-4-2023 06:54 PM
Bini sapa pulak ni? Dasar betul hari hari ada kes tikam tikam bunuh bunuh skrg.

Hri tu plak iol trnmpk headline suami tetak istri. Klau cmtu baik jgn khwin doe.
Quote Momohizan 14-4-2023 01:32 AM
I nak speku, 'Lelaki Kucing' muncul kembali. Sama kan MO dia...letak beg isi mayat mangsa kat public area.
Quote Drmu 14-4-2023 04:27 AM
Plan nak bawa mayat tu naik bas ke cmne..ksiannya mangsa. Hrp adalah rkaman CCTV ke
Quote Drmu 14-4-2023 04:46 AM
Edited by Drmu at 14-4-2023 05:01 AM
Momohizan replied at 14-4-2023 01:32 AM
I nak speku, 'Lelaki Kucing' muncul kembali. Sama kan MO dia...letak beg isi mayat mangsa kat public ...


Klo tgk target dia mostly bdak pompuan..yg ni umur 25. Tpi xmustahil jgakkn. Rupanya rmai jgak pnh jmpa dia ni..nsib baik xjdi mangsa. Mmg something wrong klo letak mayat kat public dlm beg..biasa pmbunuh biasa beria sorok mayat xnak tau dia pmbunuh. Serial killer je ska attention cmni
Quote purplelilac 14-4-2023 05:46 AM
Momohizan replied at 14-4-2023 01:32 AM
I nak speku, 'Lelaki Kucing' muncul kembali. Sama kan MO dia...letak beg isi mayat mangsa kat public ...

Siapa lelaki kucing ni?? Knp x pernah dgr news pasal dia?
Quote missbigrockstar 14-4-2023 06:34 AM
Gelinya boleh nampak berjuta maggot bertelur situ
Semoga keadilan buat mangsa diperoleh dan pembunuh dihukum setimpal.
Quote belilies 14-4-2023 06:37 AM
dani-rox replied at 13-4-2023 06:44 PM
'Maggot' dlm Bahasa Melayunya - Ulat berenga

Itulah. Letak ulat je pun dah cukup. Rengsa iols baca reporter siap letak maggot lg tepi tu
Quote cmf_premierleag 14-4-2023 06:55 AM
semoga ada keadilan utk mangsa
Quote ina_na 14-4-2023 06:56 AM
Bahaya nye..dah la dekat je gan kwsn rumah..psikopat ke yg bt ni..
Quote Themilo 14-4-2023 07:48 AM
ina_na replied at 13-4-2023 10:56 PM
Bahaya nye..dah la dekat je gan kwsn rumah..psikopat ke yg bt ni..

ni kat bas stop depan hospital / tnb kulai tu kan?
Quote pooh~key 14-4-2023 08:07 AM
ina_na replied at 14-4-2023 06:56 AM
Bahaya nye..dah la dekat je gan kwsn rumah..psikopat ke yg bt ni..

Chuols tolongla snap picture kerusi bus stop tempat bagasi ni diletakkan sissy. Please sissy. Share kat sini sissy.
Quote sarah_ary2 14-4-2023 08:10 AM
Drmu replied at 14-4-2023 04:46 AM
Klo tgk target dia mostly bdak pompuan..yg ni umur 25. Tpi xmustahil jgakkn. Rupanya rmai jgak pnh ...

Lelaki kucing ni yg umpan budak budak nak tgk kucing kan? Yg dulu kes nurin dgn syazwani tue

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.092669 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top