CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Munirah Selalu Tidur Rumah Shila Amzah, Memang Rapat Dengan Ibu Lepas Habis Sekolah

13-4-2023 04:33 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10720| Komen: 93|Original author: Saiful

Shila Amzah, menafikan Siti Munirah yang didakwa isteri baru bapanya, ND Lala itu adalah rakan baiknya.

Katanya walaupun mengenalinya sejak sekolah, tetapi wanita itu tidak layak digelar rakan baik.


Foto: IG

"Sudah tentu saya mengenalinya. Pada saya, tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu. Saya tiada ucapan baik mahupun buruk kepadanya.

"Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci. Saya rasa dia tidak layak menerima apa saja rasa daripada saya," katanya kepada Harian Metro.



Akuinya mereka memang rapat ketika bersekolah dan Siti Munirah sering tidur di rumah mereka.

"Dia selalu bercerita mengenai masalahnya kepada saya. Apabila dewasa pula kami memang sudah tidak begitu rapat kerana dia seorang yang suka menghilangkan diri.

"Saya anggap kami tiada persefahaman saja. Namun, dia lebih rapat dengan mak berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya."



Shila berkata, dia percaya ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku terhadap keluarganya ketika ini.

Katanya, ia adalah ujian ke atas keluarganya dan menyifatkan ia perkara yang menjadi titik-tolak untuk mereka perbaiki pada masa akan datang.

"Untuk saya sendiri, ini bukanlah perkara asing dan keadaan keluarga saya ketika ini bukan perkara baharu. Mungkin ada keadaan atau kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

"Bagi saya, apabila ada perkara buruk berlaku, saya tidak akan melihat secara keseluruhannya adalah buruk kerana tiada apa yang abadi di dunia ini.

"Di dalam dunia ini kita boleh usaha dan ikhtiar mencari kebahagiaan sendiri, tapi tiada siapa yang dijanjikan kesempurnaan dan keabadian. Jadi, apa yang terjadi itu adalah asbab (untuk menjadi lebih baik). Saya reda dan berdamai dengan apa jua keadaan," katanya.



Tambah Sheila dia memberikan 100 peratus sokongan kepada ibunya, Fauziah Sarman dalam isu yang berlaku.

"Dalam masa sama, saya tidaklah terlalu memanjakannya. Disebabkan perkara ini pernah terjadi kepada diri sendiri, apa yang saya boleh katakan kekuatan itu perlu datang daripada diri sendiri.



"Tidak kira seberapa banyak sokongan atau kasih sayang yang diterima, kalau diri sendiri yang memilih untuk tidak menyayangi diri sendiri, maka tiada perkara baik akan terjadi. Diri sendiri perlu bersedia menerimanya.

"Sebenarnya kami sebagai anak tiada apa pun perkara buruk yang mahu diucapkan kepada ibu bapa kami. Cuma, kami doakan kalau mahu bahagia, ikutlah cara sendiri. Sebagai seorang anak, saya hanya mahu ibu bapa saya gembira tidak kira masih bersama atau tidak," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 13-4-2023 04:40 PM
Bukan perkara baru katanya
Quote doubleA 13-4-2023 04:51 PM
Sitimuniroh tak layak dapat apa2 rasa dari silalat. Maknanya neutral atau buat tak tau jela. Ok. Ni iols agree, benda dah wujud tapi buat taktau jela. Buat baik pun tak, jahat pun tak so ignore jela
Quote Olumis 13-4-2023 05:17 PM
Wow.  Jahat ye siti muniroh ni. Gunting dlm lipatan gitu
Quote Nham22 13-4-2023 05:24 PM
Bila xila xde point pon nak backup mak die.. Hahahaha... nampak nau die x amik port pasal masalah parent die... puji mak diepon tidakk.. Nampak nau xila dh makan hati lame dgn parent die... tulaaaa masa anak tu kecik korang dah kerahh die carik duitt... Ligan die nyanyi sane sini... Pastu soh plak die buat contract nyanyi ke china...
Quote fadz84 13-4-2023 05:40 PM
Nham22 replied at 13-4-2023 05:24 PM
Bila xila xde point pon nak backup mak die.. Hahahaha...  nampak nau die x amik port pasal masa ...

Mmg xde zmn kanak2 ngn kawan2 agaknya.. start umur 9thn dh menyanyi sana-sini...
Quote pocongkiutss 13-4-2023 05:52 PM
Laa...haromnya perangai..buat2 baik dgn mak shilalat pehtu dicarasnya laki..sabor ajelah..sama jelah ni macam retis tersohor poojaan ramai tu
Quote primarikey 13-4-2023 05:57 PM
Bagus komen shila
Nmpk matang
Dia tak sebelah mak atau ayah
Yg penting dua2 bahagia ikut cara masing2
Quote zuriey 13-4-2023 06:12 PM
Serupa penyanyi bernombor juga kan chuolss
Mula2 rapat dgn mak angkat
Lama2 diangkat laki org tu jadi laki sendiri
Quote makita 13-4-2023 06:18 PM
Geli lah pacik duk usha kwn anak.
Masa kat uni dulu ada kwn meols ni pakwe dia mati eksiden pulak. Dia lak mcm pnh jumpa la mak pak pakwe tu. Lepas pakwe dia mati..boleh pulak bapak arwah dtg uni ajak mkn suma. Reason konon dah rasa mcm anak sendiri..ala ala konon terkilan la x dpt jadi anak menantu. Sekali tu boleh pulak tiba2 pak aji ni kata...kwen la dgn dia (pak aji ni) kalau teringin nak jumpa arwah pakwe tu kat akhirat (sbgai mak tiri) hahaha

Meols dgr mmg geli mat! Pak aji penunggang pdhal teringin nak rasa nikmat berbini muda.
Quote tikusmontok 13-4-2023 06:28 PM
zuriey replied at 13-4-2023 06:12 PM
Serupa penyanyi bernombor juga kan chuolss
Mula2 rapat dgn mak angkat
Lama2 diangkat laki org tu jad ...

*Jonah2 termasuk yang acah2 bukan jonah walaupun...tercekik baca ni*
Quote capwayang 13-4-2023 06:28 PM
..so sheols launches a mental bully campaign la terhadap ibu tirinya dengan menganggap wanita itu hanya seorang pariah dikalangan ahli keluarganya, selayaknya la kot dilayan seumpama itu..
Quote stingeramadhan 13-4-2023 06:31 PM
Kenapa tetiber terasa de ja vu....#toktiras?

Wallahhuaklam
Quote Piramida 13-4-2023 06:32 PM
Edited by Piramida at 13-4-2023 06:34 PM

"Namun, dia lebih rapat dengan mak berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya."

So lebih rapat dgn mak? .. Last2 terus rapat melekap.
Ni ironi ala2 sejarah kisah penyanyi sohor berkakak ke mak angkat last2 melekap jadi isteri baru?
Quote Ahriman 13-4-2023 06:40 PM
kaduk naik junjung...
Quote edoraixora 13-4-2023 06:48 PM
Nd lala mesti pernah buat perangai sebelum ni kan
Tu yg shila cakap bukan perkara baru
Shila ni makan hati ke dgn mak dia, macam tak kisah je nak support mak dia...ala2 lantak kau lah
Quote syamzana 13-4-2023 07:11 PM
edoraixora replied at 13-4-2023 06:48 PM
Nd lala mesti pernah buat perangai sebelum ni kan
Tu yg shila cakap bukan perkara baru
Shila ni maka ...

macam si zahirah kot...ayah dia skendel then nikoh lain pun dia tak la marah siap blakon sekali elok je dgn mak pun mmg rapat beno. neutral gitteww
sama la kot ngan xila ni atau mmg dah berkerat rotan dgn parents dia
Quote cm_vungtau 13-4-2023 07:38 PM
The opposite of love is not hate, it is indifference. Agiteww Shila. Subtly dia nak cakap padan muka kat mak dia kot buat baik sangat haaa kan dah kena. Ada aje jenis mak yang baik gila dengan anak orang, dengan anak sendiri macam singa.
Quote KarinaKapur 13-4-2023 08:09 PM
ND lala je kot..kalau zamarul hisham berbaloi la sondol..aduh munirah munirah
Quote cm_vungtau 13-4-2023 08:11 PM
makita replied at 13-4-2023 06:18 PM
Geli lah pacik duk usha kwn anak.
Masa kat uni dulu ada kwn meols ni pakwe dia mati eksiden pulak. D ...

Lol kejadah pak aji buang tebiat.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.202515 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top