Pelakon dan penyanyi, Rashidah Jaafar, 60, tidak mahu masuk campur mengenai isu royalti Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang diterima warisnya dan bakal berakhir pada 29 Mei depan apabila genap 50 tahun pemergian insan seni tersohor negara itu.
Rashidah atau mesra disapa Gee ketika ditemui berkata, dia tiada hak dalam perkara itu (royalti) melainkan dua anaknya, Natasya dan Najua yang juga cucu P Ramlee. Mereka adalah anak hasil perkongsian hidupnya dengan anak P Ramlee, Allahyarham Nasir P Ramlee. "Kalau berkaitan isu royalti, itu kena tanya anak saya sebab saya pun tak nak. Saya pun dalam bidang seni, tak dapat untuk saya, jadi buat apa kita pula nak sibuk-sibuk pula. "Jadi, saya buat sajalah kerja-kerja seni saya. Kalau ada orang panggil berlakon, kita 'follow-up'. Saya pun walau pernah menang Anugerah Sri Angkasa dulu, dah lama tak dapat tawaran berlakon. Bukan untuk drama, tapi filem juga.
"Kalau ada pun tawaran berlakon yang datang untuk satu dua babak, macam mana tu? Soal bayaran, biarlah rahsia sebab malu nak cakap, rendah sangat. Tapi, kita minat berlakon dan ini saja kerja boleh buat dari dulu," katanya kepada Harian Metro. Rashidah berkata, sebagai ibu tunggal lima anak memang dia yang membesarkan sendiri semua anaknya sejak kecil dengan hasil pendapatan dalam karier seni. Tapi, kini dia sibuk membantu berniaga kecil-kecilan. "Saya nak berlakon lagi, sebab dah 40 tahun lebih saya buat kerja-kerja seni sejak 1978. Tapi, untuk dapatkan tawaran (berlakon) sekarang agak sukar, banyak persaingan. Jadi, apa yang boleh dikata saya amat berharap masih ada peluang berlakon lagi," katanya. Rashidah pernah membintangi filem Aku Yang Berhormat pada 1983 bersama Dharma Harun Al-Rashid dan Allahyarham Rosnah Mohd Noor. Selain jodohnya dengan Nasir tidak panjang, Rashidah berkahwin kali kedua dengan komposer, Allahyarham A Ali pada 1989 dan dikurniakan tiga anak sebelum bercerai juga. -CARI Sumber: Harian Metro
|
KamikuP replied at 13-4-2023 04:21 PM
Lainnya rupa beliau khuenzz cuolls
ADVERTISEMENT