Nora Danish memilih untuk memperlahankan karier seni selepas melahirkan anak bongsu pada 2018 bagi memberi fokus kepada keluarganya. Susulun itu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 41, mengambil keputusan untuk membuka rumah produksi sendiri agar minatnya sebagai seorang pelakon masih dapat diteruskan.
Malah, Nora teruja kerana mempunyai hak dan kuasa menentukan jenis naskhah dan pelakon dikehendakinya. "Saya sekarang lebih masa kepada keluarga dan anak-anak, terutama yang bongsu dia rapat sangat dengan saya. Saya tidak risau jika tiada tawaran berlakon yang dapat disebabkan saya sangat memilih dengan situasi saya ketika ini. "Sebab apa saya tidak perlu risau kerana saya sudah memiliki rumah produksi sendiri. Jadi dengan adanya rumah produksi sendiri, saya boleh merealisasikan watak-watak berat atau mungkin watak yang tak pernah saya buat dalam mana-mana naskhah sebelum ini.
"Saya boleh pilih pelakon siapa yang saya mahu, jalan cerita yang bagaimana saya sendiri inginkan. Ada hak dan kuasa untuk berbuat demikian. Nama production saya ND Production dan kami bermula sejak Disember tahun lalu. "Saya dah berlakon selama 20 tahun, jadi untuk meninggalkan sesuatu yang diri sendiri minat itu memang susah. Jadi saya masih boleh aktif dalam bidang ini dan teruskan berkarya," ujarnya kepada OHBulan ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Sumpahan Malam Raya di GSC, Nu Sentral pada Rabu. Nora bagaimanapun menafikan ia adalah tindakan balas dendam disebabkan sebelum ini terikat dengan rumah produksi lain.
|
ADVERTISEMENT