CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Tahu Kenapa Lambat Sangat Nak Tutup Aurat, Akhirnya DJ Lin Dah Bertudung

13-4-2023 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1768| Komen: 9

Penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin mengesahkan sudah berhijab penuh.

Pemilik nama Roslinda Abdul Majid, 48, itu memberitahu bahawa beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ini membuatkan dia tersedar dan mula terbuka hati untuk bertudung.


"Saya rasa apa yang terjadi dalam kehidupan saya, terutamanya selepas mak saya meninggal dunia dan ditambah pula dengan dengan kehilangan abang kandung saya... itu yang betul-betul membuatkan saya tersentak.


IG

"Iyalah saya fikir makin lama umur kita semakin meningkat dan umur saya pun dah masuk 48 tahun.

"Abang pertama saya meninggal dunia pada umur 51 tahun. Jadi saya rasa mungkin kali ini Allah nak berikan saya kesedaran agar saya berubah demi kebaikan," katanya kepada mStar.

DJ Lin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Melakar Pahala Warnai Raya bersama Suria FM yang diadakan di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.


Dalam pada itu, DJ Lin juga memberitahu dia sudah lama terfikir untuk menutup aurat, namun masih tidak berjaya melakukannya.

Bagaimanapun sewaktu mengerjakan umrah pada 23 Mac lalu, dia mula berasa selesa mengenakan hijab dan mengambil keputusan untuk terus menutup aurat sepenuhnya.

"Sebenarnya sudah beberapa kali saya terfikir untuk menutup aurat sepenuhnya, tetapi tak tahu kenapa lambat untuk saya buat keputusan ini.

"Di sana saya rasa sangat tenang. Tak ada rasa panas. Kalau ikutkan waktu itu di Makkah sangat panas dengan jutaan jemaah mengerjakan umrah.

"Walaupun kita dengan tudung labuh, berjubah dan memakai stokin tangan, tapi saya rasa sangat selesa," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang penghijrahannya itu, DJ Lin berkongsi anak-anaknya antara individu yang paling gembira apabila mendapat tahu dia kini sudah berhijab.

Kata DJ Lin, anak-anak sentiasa berdoa dan mengharapkan dirinya berubah untuk menutup aurat sepenuhnya.

"Untuk pengetahuan, anak-anak saya sendiri dah lama mengharapkan ibunya ini bertudung. Jadi saya rasa mungkin inilah yang patut saya lakukan.

"Bila sampai dari Makkah, saya terus balik ke Johor dan menutup aurat. Anak saya bertanya ibu memang pakai macam ni sekejap je ke atau bagaimana?

"Saya cakap insyaAllah saya nak cuba, kita jangan paksa diri sebab saya tak mahu buat apa-apa sebab atas paksaan orang. Biar saya buat atas kehendak saya sendiri," katanya.

Pada 27 Mac lalu, DJ Lin memaklumkan berita duka apabila abangnya, Mohd Yusof Abd Majid menghembuskan nafas terakhir ketika dia berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Semasa menerima khabar itu, DJ Lin sedang berada di Madinah dan baharu selesai menunaikan solat tarawih.

Sebelum itu, ibunya iaitu Puteh Jantan menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Larkin Jaya, Johor Bahru pada 24 Jun 2022.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 13-4-2023 01:42 PM
Alhamdulillah...semoga istiqomah

dulu2 dia memang bertudung pun
Quote asfaz 13-4-2023 01:50 PM
edoraixora replied at 13-4-2023 01:42 PM
Alhamdulillah...semoga istiqomah

dulu2 dia memang bertudung pun

Ooohhh.kira bukak la ye.
Semoga istiqomah djLin.
Ai suka kalau time dia kat radio lagu2 best.
Quote DragonSari 13-4-2023 03:21 PM
Lg lawa bertudung
Quote habisnamadahni 13-4-2023 03:22 PM
she elok lagi bertudung..
Quote winky1 13-4-2023 06:09 PM
Mestilah selesa. Dah tutup semua spare tayar, uban. Tak nampak selekeh lagi. Tahniah
Quote hanihan16 13-4-2023 06:11 PM
edoraixora replied at 13-4-2023 01:42 PM
Alhamdulillah...semoga istiqomah

dulu2 dia memang bertudung pun

ha betullah.. i mula2 baca tadi terdetik dlm hati eh bukan ke dulu asalnya memang dia bertudung pastu cabut. dulu on off kot, sekarang dah nekad nak bertudung sepenuh masa, alhamdulillah..
Quote dekmieDandy 14-4-2023 09:02 AM
baru 48 ke, ingat di dah nak masuk 60
Quote duri_durians 14-4-2023 11:46 AM
alhamdulillah.
dulu2 mmg layan la suria cinta dgn apa tu kat radio lama. lagu mmg jiwang sendu. tapi masalahnya mana dia korek lagu2 tu ada yg tak pernah dgr pun

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.142724 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top