Berikutan dikecam kerana kenyataannya sebelum ini disalah anggap segelintir netizen, pengacara dan pelakon, Awal Ashaari menjelaskan dia tidak mahu isteri bertudung atas dasar paksaan tapi bukan ertinya dia langsung tidak kisah.
Menurut Awal atau nama penuhnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, sebagai seorang suami semestinya dia peka mengenai hukum hakam agama meskipun isterinya, Scha Al Yahya masih belum terbuka hati untuk memakai hijab. Meskipun begitu, Awal menerima segala teguran yang diberikan netizen dalam masa sama berharap agar peminat menghentikan kecaman sebaliknya terus mendoakan yang terbaik untuk isterinya. “Bila orang tanya soalan dan orang tu beri jawapan tapi dipersalahkan, sampai bila benda ini akan berakhir kan? “Saya hargai orang di luar sana mungkin sayang dan mahukan kami berubah, setiap komen itu kami hargai dan akan perbaiki dari masa ke semasa.
“Saya peka mengenai hukum hakam agama ni, masa media tanya mengenai soalan itu pun saya beritahu yang saya tak mahu memaksa. “Kalau boleh saya tak mahu isteri saya bertudung atas dasar paksaan tapi bukannya erti saya tak kisah, saya takut salah cakap nanti kena kecam lagi tapi kalau boleh biarlah datang daripada hatinya sendiri,” katanya.
|
lifeline replied at 13-4-2023 03:41 PM
scha ni lawa kan...
lifeline replied at 13-4-2023 03:41 PM
scha ni lawa kan...
Thunderclouds replied at 13-4-2023 12:21 PM
Sebok nk paksa² org bertudung.
Dalam sebok kira dosah org free hair dosah sendri xterkira byknya.
K ...
moonela replied at 13-4-2023 04:01 PM
cantik tu subjektif.. pada pandangan mata Iols dia ni biasa ja
macam cina bukit jah..
ADVERTISEMENT