CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tinggal Bayi Dalam Lubang Tandas Rindu Ketupat Rendang Mak

13-4-2023 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1588| Komen: 16

"Saya rindu nak makan ketupat dan rendang mak masak di pagi raya selain merasai suasana kemeriahan Aidilfitri di rumah tetapi apakan daya terpaksa menjalani hukuman penjara akibat kesilapan saya sendiri," kata Nur, 26.


Nur sedang menjalani hukuman di Penjara Pokok Sena, atas kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bayinya dan akur dengan kehendak takdir apabila terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga.


Nur ketika ditemui di Penjara Pokok Sena. - Foto Syaharim Abidin

Mengimbas kejadian yang berlaku, ketika itu dia berusia 19 tahun dan sedang menuntut di semester pertama sebuah kolej di negeri itu.

Katanya, perkenalannya dengan seorang penuntut lelaki berakhir dengan keterlanjuran mereka sehinggalah dia hamil.

"Saya tak tahu pun saya hamil sehinggalah saya sakit perut pada jam 1 tengah hari 30 Mac 2017 dan terus bergegas ke tandas kerana menyangka datang bulan.


"Namun selepas menahan sakit yang teramat sangat, saya terkejut apabila mendapati bayi meluncur terus ke lubang tandas.

"Saya tak tengok langsung wajahnya dan dalam keadaan ketakutan, saya tarik tali pusat sehingga keluar sebelum meninggalkan bayi berkenaan yang dipercayai sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui pada Program Berbuka Puasa bersama banduan di Penjara Pokok Sena di sini semalam.

Menurut Nur, teman lelakinya itu hilang entah ke mana sehingga sekarang tetapi ibu dan adik beradiknya sering datang melawatnya di penjara untuk memberi semangat.

Katanya, dia menyesal kerana dosa silam menyebabkan dia menghabiskan masa di penjara sejak enam tahun lalu.

"Kini sudah hampir tiga tahun saya menjalani hukuman di sini sebagai banduan akhir dan sedang dalam proses membuat rayuan bersama tiga hakim bagi kes saya ini.

"Saya hanya melihat wajah bayi lelaki itu apabila polis tunjuk ketika kes saya berjalan di mahkamah sebelum ini dan rasa bersalah sangat pada dia.

"Saya namakan dia Muhammad dan berjanji takkan ulangi kesilapan saya ini seandainya dibebaskan kelak," katanya.

Menurut Nur, dia sering berdoa supaya dapat pulang ke pangkuan keluarga dan akan menjalani kehidupan baru.

Katanya, sepanjang menjalani hukuman, dia tidak tinggal solat dan khatam al-Quran setiap bulan serta banyak lagi yang dipelajarinya.

"Nasihat saya kepada rakan-rakan di luar sana, kalau nak berkawan tak perlulah sampai terlanjur dengan pasangan kerana nak seronok sekejap saja tapi bila dah jadi macam saya, apa pun dah tak boleh ubah," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wajihan turut mengingatkan penghuni penjara bahawa segala-galanya berlaku atas perancangan Allah.

"Walau apa pun yang berlaku, sentiasa ada hikmahnya. Walaupun kita mendapati diri kita terpenjara kerana kesilapan kita sendiri, kita harus ingat bahawa itu semua adalah perancangan Tuhan," katanya yang turut serta dalam program itu, semalam.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 13-4-2023 01:02 PM
Ko 9bulan xperiod kot dekkkkk..
Skali haram pn tader jumpa duktur kaa..
Di pancut air mani kottttttttttt...
Quote scidbu 13-4-2023 01:16 PM
Thunderclouds: Ko 9bulan xperiod kot dekkkkk. ...


Period tak regular kot tu yang tak tahu preggy ke tak
Quote _blackbird 13-4-2023 01:29 PM
kdg2 kesian kes mcm ni. youngster yg masih naive unprotected sex boleh menyebabkan mengandung & std. yg jantan pulak jenis kedekut hukaloh nak beli condom.

tbh sex bebas ni mmg parent pon susah nak kawal bila over 18, maybe parent melayu dah boleh mula encourage anak pakai condom
Quote Kitty_catz 13-4-2023 01:44 PM
apooooooo ko tak sedo ko peknen dhekk,,, ko species pompuan yg peyod yg mcm chipsmore tu ekk, kejap datang, kejap tak datang

masa sedappp ngesk ko tak penah ke terbayang esok2 ko berak keluar baby?


pehtu bopren durjana terlepas, ko sorang2 masuk penjara.. yihhh
Quote kakigojes 13-4-2023 02:15 PM
What, kenapa dia sorang je kena hukuman? Kenapa tak heret sekali teman lelaki, like mesti tau nama, tempat tinggal etc… Melainkan it’s a one night stand.

Apa2 pun, semoga adik berubah menjadi insan yang diredhai, yang penting penghabisan kita
Quote 3chanceno 13-4-2023 02:21 PM
Boleh pulak dia tak gi chek up ke stau ada alahan masa preggy  9 bulan ko tak balik rumah famili ke atau terasa ada movement dlm perut tu

Kesian famili & budak nie habiskan masa dlm jel..bf cabut lari ko hadap sorang diri
Quote faraway1 13-4-2023 03:32 PM
So bf tu ghaib camtu aje ke..
Ke dah mampus kena tetak dicampak memana
Quote shernazz 13-4-2023 10:21 PM
Bf relaks2 je cari calon bini yang Masih dara gamaknya.
Rugi kau dek
Harap2 bila keluar nanti ko move on je..fokus pada family yang menyokong ko
Quote ~boolean 14-4-2023 12:58 AM
Teman lelaki hilang ke mana..? Maknanya langsung takde tindakan terhadap jantan sialan tu sedangkan perempuan ni dah 3 tahun merempat dalam panjara...
Quote I.K.A888990 14-4-2023 02:52 AM
yg jantan lesap mcm tu
yg pompuan lak yg menanggung
Quote makita 14-4-2023 07:57 AM
I.K.A888990 replied at 14-4-2023 02:52 AM
yg jantan lesap mcm tu
yg pompuan lak yg menanggung

Untungkan jadi lelaki. Cuci tgn dan idop mcm xde pape.
Tapi pompuan pon cepat sgt percaya lelaki.
Lelaki akan claim ha sama2 sedap so bukan salah lelaki sorg.
Quote vanillaninja 14-4-2023 08:07 AM
kakigojes replied at 13-4-2023 06:15 AM
What, kenapa dia sorang je kena hukuman? Kenapa tak heret sekali teman lelaki, like mesti tau nama,  ...

Sebab bukan heols yang menyembunyikan kematian baby tu. And kes ni bukannya kes rogol.
Quote kakigojes 14-4-2023 09:17 AM
vanillaninja replied at 14-4-2023 08:07 AM
Sebab bukan heols yang menyembunyikan kematian baby tu. And kes ni bukannya kes rogol.

Ohh.. thank you pencerahan!
Quote sangbara2020 14-4-2023 11:17 AM
xkembung ke perutnya
baby xgerak2 ke
naifnya ko
Quote tikusmontok 14-4-2023 11:49 AM
Main tarik tali pusat...adoiii dengar pun seriau

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.057846 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top