CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa Dijilat Api Tengah Malam Tadi

13-4-2023 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 316| Komen: 1

Tiga ruang pemeriksaan pesakit luar dan sebuah bilik menempatkan pemandu ambulans di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Kota Bharu terbakar dalam kejadian tengah malam tadi.

BH Online melaporkan, pihak bomba menerima panggilan jam 12.26 tengah malam tadi oleh pengawal keselamatan premis berkenaan.



Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa tengah malam tadi. - Foto NSTP/Ihsan Bomba

"Pengawal itu memberitahu ketika itu dia sedang melakukan rondaan dan ternampak api dari ruang hadapan klinik yang menempatkan bilik rawatan.

"Seramai 15 pegawai dan anggota dari BBP Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi dan sebaik kami tiba, api sedang marak," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias ketika dihubungi hari ini.



Alam Nasut berkata, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan premis terbabit mengalami 80 peratus kemusnahan.

Katanya, api dapat dikawal jam 12.55 tengah malam dan padam sepenuhnya pada jam 2.18 pagi tadi.



"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.026182 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top