CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua Bank Sesak, Ramai Sanggup Tunggu Sampai Dua Jam Nak Tukar Duit Raya

12-4-2023 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3764| Komen: 96

SHAH ALAM: Di mana-mana sahaja cawangan bank sekitar bandar raya ini yang membenarkan penukaran duit raya, sesak, malah ada pelanggan beratur sehingga dua jam untuk berbuat demikian sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan.


Seorang pelanggan dekat sebuah cawangan bank, di sini, Nor Alina Hishamuddin, 35, berkata, dia tiba sejam lebih awal sebelum bank dibuka kerana bimbang terpaksa datang semula jika kehabisan wang.

“Datang awal hari ini kerana takut duit baharu habis. Kalau hari ini habis, esok kena datang semula. Kalau datang semula, saya kena buang masa lagi dengan kena beratur semula dan tunggu giliran untuk dapatkan duit baharu,” katanya ketika ditemui, hari ini.


Foto: Utusan

Pemberian duit raya adalah sinonim dengan umat Islam di negara ketika sambutan Aidilfitri. Justeru itu, ramai yang kini sedang sibuk menukar duit baharu untuk diberikan kepada anak-anak kecil.


Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ribuan umat Islam berpusu-pusu ke bank di sekitar  bandar raya ini bagi mendapatkan duit baharu selepas mereka membenarkan penukaran wang mulai hari ini.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Amir berkata, cawangan bank jagaannya memberhentikan sementara urusan penukaran wang baharu pada hari ini, kira-kira pukul 11 pagi kerana kehabisan wang untuk ditukar.

Menurutnya, bagaimanapun, orang ramai masih lagi berpeluang untuk menukar wang esok dan Jumaat ini.

“Setiap individu hanya dibenarkan menukar wang baharu maksimum iaitu RM1 (500 keping), RM5 (500 keping) dan RM10 (100 keping). Saya jangka hari ini lebih 100 orang yang hadir untuk buat urusan ini,” ujarnya. –CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote opie5662 12-4-2023 06:48 PM
Byk duit rupenye rakyat mesia ni.. Hahahhaha...
Quote Samerosie 12-4-2023 06:51 PM
Paling pantang ng duit raya dia buka depan kita lepas tu kira mcm.tak puas hati sbb tak meet target.  Sampul koyak buang merata.  Eh aku tampor kang mak bapak tak ajar ke manners.
Quote Tinot7 12-4-2023 06:56 PM
Tahun ni iols tak dpt tukaq duit kertas singgit2.. so iols akan bg duit syilling jahh.. bertabahlah..
Quote hyie 12-4-2023 06:59 PM
sorry tahun ni iols taknak bagi duit raya
Quote Rynaf 12-4-2023 07:02 PM
Tahun ni bagi duit raya dekat anak buah & anak sepupu yang rapat jer. Lain-lain, kirim salam jer la.
Quote kakikuDibibirmu 12-4-2023 07:05 PM
Budaya angpau cina yang menyusahkan ummah nusantara!
Quote jejaka_hensem 12-4-2023 07:16 PM
Tahun ni iols bagi senyuman paling manis utk semua tetamu yg datang
Quote cmf_premierleag 12-4-2023 07:20 PM
hyie replied at 12-4-2023 06:59 PM
sorry tahun ni iols taknak bagi duit raya


Iols mmg dr dulu tak bagi
Sukati la kan..duit kita kan..tp iols pilih2 bulu gak nak bagi duit raya ni
Kalo anak2 kawan2 rapat,iols kasik la..sorang RM50 hokkaayy....sbb mak2 korang close dgn iols siap gi holiday,clubbing,main banana boat sesama etc sesama lg zmn dolu2
Tapi Kalo anak2 dr kawan2/kezens yg penah duk mengata iols andartu dulu tu mmg aku banned terus..dgn laki iols pun iols dh pesan, jgn kasi duit raya kat anak si polan, si polan ni bagai
Quote cmf_premierleag 12-4-2023 07:22 PM
jejaka_hensem replied at 12-4-2023 07:16 PM
Tahun ni iols bagi senyuman paling manis utk semua tetamu yg datang


Kalo ada bebudak dtg beraya rumah parents iols,
Abang iols akan suruh diorg habiskan juga 1-2 botol kuih raya, air satu jag
Pastu baru dia kasi duit raya
Quote _blackbird 12-4-2023 07:25 PM
Aku dah lama tak tukar sendiri duit raya. Aku pakai door to door service.
Quote AbukRokok 12-4-2023 07:41 PM
opie5662 replied at 12-4-2023 06:48 PM
Byk duit rupenye rakyat mesia ni.. Hahahhaha...

zafrul...kasi on kwsp 10k pls - jib

Quote jejaka_hensem 12-4-2023 07:48 PM
cmf_premierleag replied at 12-4-2023 07:22 PM
Kalo ada bebudak dtg beraya rumah parents iols,
Abang iols akan suruh diorg habiskan juga 1-2 boto ...

Kena paksa dorang makan sis.
Sambil2 tu iols tanya anak cucu sapa ni?duduk mana?sekolah darjah berapa?dah banyak ke dapat duit raya?
pakcik2 bawang sgt kan?
Quote jas7512 12-4-2023 07:58 PM
Yahoo..x blk kg..selamat duit raya..hehe
Quote bitterchoc 12-4-2023 08:28 PM

Aiols nak bagi duit raya kepada diri sendiri ja mwahahahhah
Quote syamzana 12-4-2023 08:31 PM
iols dah siap tukar
anak2 sedara yg x brp nak ada sgt tu siap boh dlm sampul raya.
yg semekummm kami dtg nak duit raya acik bg singgit je tanpa sampul. harap tak mai la beraya umah mak iols
Quote green~tea 12-4-2023 08:42 PM
Cucuk kat atm je la duit raya...
Quote ninja boy 12-4-2023 08:51 PM
Sapa dtg raya awal raya 1234 ada duit, lambat datang duit habis, org tua2 sedara ada duit raya, ipar yg mulut jahat mengata belakang x dpt duit raya
Quote isseliparjepun 12-4-2023 09:02 PM
I tak sempat nak tukar duit raya plus malas cuaca panas yakmek dari parking nak ke bank, kalau kena beratur lagi la tak kuasa. I bagi dekat anak sedara sorang tu je sebab yang tu je I sayang kemain pun. yang lain sorry, mak lang hari raya kedua chow chin chow dah.
Quote lo_la 12-4-2023 09:09 PM
Duit raya kat bank area i ni ada yg recycled.
Sape budak2 complained, acik ambik balik muahaha

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058039 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top