WASHINGTON – Seorang pelajar kolej di negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS) disiasat selepas sebuah video yang memaparkan dia menggoreng seekor anak ayam hidup-hidup tular hujung minggu lalu.
New York Post melaporkan, video yang dikongsikan di Instagram Stories itu memaparkan seorang pelajar Universiti Louisville menyaluti anak ayam hidup itu dengan perasa sebelum memasaknya di dalam ‘air fryer’, lapor laman Louisville Courier Journal. Klip berasingan pula memaparkan seekor anak ayam mati tergantung di siling dan seekor lagi berada di dalam ketuhar gelombang mikro. Pelajar yang tidak didedahkan identitinya itu mendakwa ia merupakan anak ayam robotik, tetapi orang ramai tidak mempercayainya. Universiti Louisville pada Sabtu lalu mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan pelajar itu dan mengesahkan bahawa siasatan terhadapnya kini dijalankan.
Seorang pelajar, Sarah Devers memberitahu laman WDRB bahawa dia menghubungi polis selepas melihat hantaran itu. “Ia memberi anda perasaan yang suram, seperti saya rasa bersalah kerana dapat melihatnya,” keluhnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
Tinot7 replied at 12-4-2023 06:49 PM
Tolong la.. nnt tak lalu iols nak mkn nasik beriani ayam..
jejaka_hensem replied at 12-4-2023 06:59 PM
Kalau tak lalu,kasi sini la sis nasi beriani ayam tu.
Tinot7 replied at 12-4-2023 07:01 PM
Pi la beli kat param.. sedapppp....
kakikuDibibirmu replied at 12-4-2023 07:07 PM
Akak lagi suka nasi tomato daripada nasi berani
Tinot7 replied at 12-4-2023 07:01 PM
Pi la beli kat param.. sedapppp....
Tinot7 replied at 12-4-2023 07:13 PM
Nasi tomato voley wat sendiri la...
kakikuDibibirmu replied at 12-4-2023 07:49 PM
Akak tak suka nasi berani sebab banyak sangat rempah di dalamnya
Simunggu replied at 13-4-2023 11:34 AM
kalau tak tembakan rambang, org US buat kerja mcm ini pula...ramai org sudah gila...ini org gila pun ...
ADVERTISEMENT