CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaduh Besar! Suami Lempar Kepak Ayam Pada Isteri

12-4-2023 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1225| Komen: 8

TALLAHASSEE, FLORIDA- Seorang lelaki di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) didakwa membaling hidangan kepak ayam ke arah isterinya ketika bertengkar selepas dia dituduh berlaku curang.

New York Post melaporkan, bukti serangan itu dikenal pasti apabila anggota polis yang tiba di rumah pasangan tersebut menemui wanita berkenaan dalam keadaan berlumuran sos pada badannya.


Gambar Hiasan

Gangguan rumah tangga di Wildwood bermula pada malam Ahad lalu apabila Robert Francis Audette, 39, dan isterinya bertengkar mengenai ‘kekasih’ lelaki tersebut.

“Defendan (Audette) didakwa meminta wang daripada mangsa supaya boleh mengunjungi pusat perjudian tempatan dan bertemu kekasihnya.

“Semasa pertengkaran, defendan mencapai dan melempar kotak hidangan kepak ayam yang dibungkus ke arah mangsa,” tulis seorang anggota polis dalam satu laporan.

Beberapa ketul kepak ayam kemudian mengenai wanita itu pada bahagian bahu kanan dan bawah dagunya.

Pertengkaran berterusan apabila Audette didakwa menghalang isterinya menemui bayi mereka di bilik lain dan memaksa wanita itu bersembunyi di dalam almari bilik tidur.

Apabila suspek keluar dari bilik tidur, isterinya dengan pantas mengunci pintu bilik yang menyebabkan Audette cuba memecah masuk semula.

“Apabila magsa tidak membuka pintu, defendan menjerit ‘saya akan memukul kamu’ dan mula mengetuk pintu dengan ganas,” kata polis.

Audette mengaku melemparkan hidangan kepak ayam itu ke arah isterinya, tetapi tidak bermaksud untuk memukul wanita tersebut. Dia menafikan perbuatan mengugut dan memukul isterinya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 12-4-2023 06:14 PM
Kepak ayam tak pela...jgn kapak sudah
Quote Hoshhi 12-4-2023 08:31 PM
Sedap tu kepak ayam
Quote habisnamadahni 13-4-2023 08:05 AM
belengaihh bini dia baling dgn kepak aym hahaha
Quote BartholomewKuma 13-4-2023 08:24 AM
Dok berasa nak makan kepak ayam berbuka satgi
Quote ally9970 13-4-2023 08:55 AM
Baling kepak ayam pun jadi mcm berita besar...
Quote Highflyer19 13-4-2023 11:35 AM
Ori ke crispy
Quote Simunggu 13-4-2023 11:42 AM
kepak ayam jadi mangsa....kasian kepak ayam

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055452 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top