CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alicia Amin Bengang Disuruh Kahwin Semula Dengan Bekas Suami

12-4-2023 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3199| Komen: 14

“Kami memang baik tetapi tak mahu kahwin semula," kata Alicia Amin, 28, apabila ada yang memintanya berkahwin semula dengan bekas suami, Dr. Farzan Iqbal.

Perkara itu disuarakan Alicia selepas netizen melihat mereka masih mempunyai hubungan baik meskipun sudah bercerai sejak Mac lalu.


Foto: IG

“Tolong jangan normalisasi mengatakan perkara sebegitu kepada individu tidak dikenali. Kenapa perlu bercerai? Untuk keseronokan ke?

“Situasi saya dengan bekas suami sangat baik dan kami memilih untuk kekal sebagai kawan serta tiada isu bersama pun,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.




Dia juga meminta perbuatan merujuk kepada pasangan bercerai untuk rujuk kembali tidak dijadikan kebiasaan dalam kalangan masyarakat negara ini.

Dia juga meminta orang ramai mendoakan untuk kebahagiaan hidup daripada menggesa untuk sesuatu hal yang tidak sepatutnya.



“Kalau anda mengatakan perkara tersebut kepada seseorang yang pernah melalui perkahwinan yang sukar, L (loser) untuk awak.

“Saya mendapat banyak mesej pelik sebegini.

“Sebaik-baiknya berdoalah untuk kebahagiaan dan kerjaya berbanding inginkan saya kembali bersama dengan seseorang yang saya tidak lagi bersama,” ujarnya.



Menerusi perkongsian sama, pelakon filem Rasuk itu turut memuat naik tangkap layar kiriman mesej yang diterima daripada seorang netizen berhubung perkara tersebut.

“Semoga berbaik dan kahwin semula dengan bekas suami,” kata individu terbabit.


Individu berkenaan meninggalkan mesej tersebut selepas Alicia memuat naik video bertemu dengan Farzan sekali gus menunjukkan mereka masih mempunyai hubungan baik sehingga hari ini.

Sekadar info, Alicia yang juga seorang model mendirikan rumah tangga dengan Farzan pada 14 Februari 2021.



Jodoh tidak panjang, Alicia mengesahkan sudah berpisah pada 2 Mac lalu dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-4-2023 04:22 PM
Menguapppppppo
Quote babelina 12-4-2023 04:26 PM
poyo la ko..
Quote Carcosa 12-4-2023 11:47 PM
Hak'alah. Org tu just wish bende baik, tu pun nak merempan.
Lepas2 ni, sapa rajin, suruh DM dia ni "Semoga mati menjadi janda forevah"
Quote sharlenetexas 13-4-2023 12:01 AM
Korang ni sape nak aturkan hidup orang lain?

Quote eiman 13-4-2023 12:22 AM
Bertatoo..mualaf ke ni?
Quote bunnyj3lly 13-4-2023 12:31 AM
Betul la Alicia ni cakap. Jangan jadikan benda biasa nak jaga tepi kain strangers. Kau kenal dia pun tidak.. would you do the same thing in reality kalau jumpa strangers tepi jalan?
Quote I.K.A888990 13-4-2023 04:06 AM
bior netizen tu je kawen dgn ex hang senang
biar depa rasa
Quote electricopop 13-4-2023 11:05 AM
bunnyj3lly: Betul la Alicia ni cakap. Jangan jadikan benda biasa nak jaga tepi kain strangers. Kau kenal dia pun tidak.. would you do the same thing in reality ka ...


Kan... x faham orang nye otak kadang main cakap je. Ko member ke pun dengan dia??

Quote samshik 15-4-2023 08:38 PM
Die kan set2 liberal.. Maka mottonya :*bondo bulih free.. buek apo KAWEN " Kan? Kan? Kan?
Quote anilanil 15-4-2023 09:12 PM
Anjir siapa yg dpt custody? Dah siapa pulak nak menjaga beliau kalo mabuk teruk?
Quote winky1 16-4-2023 09:19 AM
Kena faham lah mentaliti kebanyakan netizen yg kaypoh dan tak cerdik sangat. Mereka judge based on still photos videos ...macam Amir Ahnaf cakap lah manusia adalah pelakon...bab ni I setuju lah dgn hangrii ni . Dia pun tak perlu reply tapi kalau nak reply in BM lah sebab ramai rakyat Malaysia tak pandai omputih....
Quote TomyamPuteh 16-4-2023 09:47 AM
Isu bersama? Maksudnya diorg tetap main wpon dh bercerai. Gitu la pemahaman aku yg ambik paper Julai nih.
Quote kakigojes 16-4-2023 12:06 PM
Yang I nak tanya la. Kenapa posting dengan beg LV tu nak tag and mention LV - adakah LV sponsor  dan dia menjalankan tugas sebagai ambasssdor aggitu
Quote achinto 19-4-2023 01:07 PM
yih tipikal aunty onion. biarlah dia bahagia cara dia sendiri

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.062039 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top