CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Jerut Bini Dipenjara 6 Tahun

12-4-2023 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 408| Komen: 2

Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap peniaga yang menjerut leher dan mengugut isterinya.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas Mohd Zulfakhie Zakaria, 29, mengaku salah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.



PENIAGA dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menjerut leher dan mengugut isterinya. FOTO Faizul Azlan Razak.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa yang berusia 30 tahun dengan menjerut lehernya menggunakan tali leher.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk mendatangkan bencana kepada harta mangsa dengan niat untuk menimbulkan rasa takut.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di daerah ini, jam 11.15 pagi pada 8 April lalu.


Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 326A KK dijatuhi hukuman penjara enam tahun.

Manakala, bagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 KK, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 9 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 12-4-2023 11:51 PM
Bahhahahahha baju OKT punnnnn.


Abam polis tukarlah kalau ya pun. Apa2 pun meols terhibur. Pada OKT, kau mmg genius

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.118024 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top