SEREMBAN – Kedudukan anak bulan pada 20 April nanti tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah bagi menjangkakan tarikh 1 Syawal jatuh pada 21 April. Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Amran Awaludin berkata, sehubungan itu umat Islam dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menunggu keputusan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.
“Jangan buat sebarang spekulasi, kita berpandukan kaedah rukyah dan hisab maka kena tunggu keputusan cerapan pada petang hari Khamis 20 April itu nanti. “Berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah yang telah ditetapkan memang kedudukan anak bulan tidak memenuhi kriteria tersebut yang menolak jangkaan 1 Syawal jatuh pada 21 April,” katanya ketika dihubungi hari ini. Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara akan melaksanakan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.
“Kriteria Imkanur Rukyah ini mesti la ketinggian anak bulan dari garis ufuk (kaki langit ) melebihi tiga darjah seterusnya jarak lengkung melebihi 6.4 darjah selepas matahari terbenam. “Ini telah diputuskan dalam Muzakarah Falak Kebangsaan Tahun 2021 dan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) juga,” jelas Amran lagi. Beliau dalam pada itu menyarankan umat Islam untuk menumpukan dalam amal ibadat ketika ini terutama apabila bulan Ramadan sudah memasuki 10 malam terakhir. –CARI Sumber: Kosmo
|
Simunggu replied at 12-4-2023 03:55 PM
Raya Sabtu pun no hal punya...kalau raya postpone pg tahun depan pun ok
JunkMail replied at 12-4-2023 05:12 PM
Apa yang org bising pasal raya sejak awal Ramadan ni? Sengal betul. Nak raya sangat berambus je lah ...
limesherbet replied at 12-4-2023 05:58 PM
u all dok sebuk raya dari awal.. 10 malam terakhir beribadat ke tak ni..pls focus on this now cari l ...
mojarean_X replied at 12-4-2023 05:52 PM
Chuols x faham.x semua orang semudah tu nk dpt cuti awal. Kalo keje gomen dan kerja sendiri bolehl ...
mojarean_X replied at 12-4-2023 05:52 PM
Chuols x faham.x semua orang semudah tu nk dpt cuti awal. Kalo keje gomen dan kerja sendiri bolehl ...
Firenzza replied at 12-4-2023 06:46 PM
Apa kata ahlul falak buat live telecast upacara tengok anak bulan, buat youtube l8ve pun x pe mcm ma ...
ADVERTISEMENT