CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letak Nasi Dan Ayam Goreng Depan Kedai, Selamba Jual Makanan Tengahari Buta Di Bulan Ramadan

12-4-2023 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1061| Komen: 9

Banda Aceh: Pihak berkuasa Banda Aceh menyerbu sebuah kedai makan di Batoh, Kecamatan Lueng Bata, kerana menjual nasi pada siang hari ketika Ramadan.

Ketua Polis Daerah Banda Aceh M Rizal berkata, serbuan dilakukan susulan arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan melarang jual beli makanan dan minuman sebelum 4 petang waktu tempatan.


Menurutnya, pihaknya menerima aduan mengenai aktiviti jual beli makanan di siang hari di premis berkenaan.


Foto: Harian Metro

Berikutan itu, risikan dan pemeriksaan dijalankan sebelum serbuan pada 12.15 tengah hari, pada Ahad.

Sementara itu, Komandan pihak berkuasa agama Banda Aceh, Vadhly berkata, pihaknya mendapati memang berlaku aktiviti jual beli makanan secara terang-terangan di siang hari di restoran itu.

Ketika serbuan, nasi berserta ayam goreng diletakkan di hadapan kedai untuk dijual.


Kata Vadhly, jika ada pelanggan yang datang, sudah pasti boleh melihat makanan yang dijual itu.

Menurutnya, nasi dan ayam goreng termasuk peralatan memasak dirampas dan dibawa ke pejabat sebagai bukti bagi siasatan lanjut.

Vadhly berkata, pemilik restoran turut dipanggil untuk diambil keterangan dan peralatan berkenaan akan dipulangkan semula selepas pemilik berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Tambahnya, pihaknya menjalankan pemantauan berterusan sepanjang Ramadan bagi memastikan pengusaha makanan mematuhi peraturan ditetapkan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 12-4-2023 03:00 PM
Malu btl...klu yg non muslim pun bkh berpuasa sbb hormat ramadhan..yg muslim pula tanpa segan silu x puasa..mkn tgh....kan klu i ckp baik pompuan melayu kahwin dgn non malay..marah pulak lelaki melayu yg haprak ni
Quote FOTHER-MUCKER 12-4-2023 03:10 PM
Jual pun salah ke?

Betul betul taliban dah.
Quote Radzor 12-4-2023 03:43 PM
Apa salah nya jual makanan?
Quote kelapaparut 12-4-2023 03:53 PM
dia jual je kan dia xmkn kan, pastu mungkin non muslim nak beli mknn ke, atau ada ibu2 mengandung yg klaparan, org tua yg uzur, atau pekerja buruh yg lpr tghari yg dibenarkan dlm islam utk tidak berpuasa nak beli mknn. Dieorg xmkn kat situ cuma beli je tu pun xboleh. hukum agama mane lobai2 ni pakai.
Quote mejaputih 12-4-2023 03:55 PM
tangkap sekali pekerja fast food restaurant
Quote Carcosa 13-4-2023 12:41 AM
Rajin nau2 pak polisi tu posing siap pegang ayam goreng cenggitu.
Quote doubleharmonic 13-4-2023 05:11 AM
nampak macam tak sedap jah ayam goreng tu
Quote nikaido 13-4-2023 05:32 AM
kelapaparut replied at 12-4-2023 03:53 PM
dia jual je kan dia xmkn kan, pastu mungkin non muslim nak beli mknn ke, atau ada ibu2 mengandung yg ...

Ini dkt aceh hampir 99% org islam, so macam ekstrem sikitla  'ketalibanan' nya. Kerajaan Negeri dkt pantai timur malaysia (juga hampir semua rakyat org islam) pun beberapa thn lepas, mencuba nak ban jual makanan waktu malam sb nak 'galak' org pegi terawih
Quote udajoni 19-4-2023 02:50 PM
kata tempat cetakku niat nak bela pedagang tapi sebelumnya sudah ada keterang bahwa dilarang berjualan sebelum jam 4, seharusnya kita harus turut aturan dan patuhi hukum agar tidak terjadi hal yang tidak di inginkan, bukan di larang untuk mencari rezeki tetapi ini hanya di terapkan untuk bulan Ramadhan saja.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034613 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top