CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siap Pegang-Pegang Tangan, Rita Nadira Dan Chubb-E Bercinta?

12-4-2023 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2527| Komen: 17

Gelagat Rita Nadira dan penyanyi Chubb-E kebelakangan ini seperti pasangan sedang bercinta membuatkan ramai mendakwa mereka menjalinkan hubungan istimewa.

Malah, mereka juga terbuka memuat naik video romantis di aplikasi Tik Tok.




Namun jelas Rita, keakraban mereka hanyalah sekadar dua orang sahabat.

Menjawab mengenai video yang didakwa saling berpegang tangan di TikTok, Rita berkata, ia tidak lebih dari bahasa tubuh dari dua orang sahabat.



"Kalau mahu diikutkan dalam video yang kami muat naik di TikTok itu, tidaklah kami berpegang tangan, cuma lengan kami bersilang seperti kawan baik.

"Kalau ada orang fikir, kami pegang tangan, pegang tanganlah. Tapi ibu saya pun tahu saya berkawan dengan dia, saya juga selalu bercakap dengan emak dia. Jadi memang kami rapat.


"Saya dan Chubb-E memang berkawan saja, kami tiada apa-apa tapi kami rapat seperti kawan baik.

"Permulaan perkenalan kami sebenarnya adalah Chubb-E ini seorang yang pemalu, manakala saya macam gila-gila seperti mana yang dia lihat di TikTok. Jadi dia bertanya bagaimana saya boleh bersikap lebih terbuka," kata Rita.


Mengulas bibit perkenalan Rita dan Chubb-E mereka berdua mula berkenalan selepas bertemu di program Ceria Popstar sekitar 2019.

Sementara itu, Rita menjelaskan tidak mencari teman lelaki buat masa ini, kerana mahu memberi fokus pada kerjayanya.

"Jujurnya sekarang ini saya tiada teman istimewa dan buat masa sekarang ini saya tidak fokus pun untuk ada teman istimewa. Saya katakan tidak pada semua orang yang cuba mendekati saya.


"Mungkin salah satu sebab pesan ibu saya untuk fokus pada karier sebab sebelum ini saya pernah ada teman lelaki tapi hubungan itu emak saya tidak restu, maka ia tak menjadi.

"Jadi lebih baik saya ikut kata emak saya untuk berkawan saja. Saya pun selesa sebab saya boleh fokus bekerja. Banyak komitmen saya kena buat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 13-4-2023 12:14 AM
Walaupun akak tak kenal kau dik, tapi akak suka, sbb kau lawa. Biasalah dik, akak ni mmg bias. Kalau adik berwajah persis Shu biskut Shulup Shulup, akak xkoser nak layan kau dik. Selamat bercinta dgn dak Chub-ee yg comel
Quote ujio 13-4-2023 12:21 AM
Ohh laa..masa couple dgn adik elfira tu tak direstui omaknya la katanyaa..
Quote orglama 13-4-2023 12:25 AM
Minah ni lawa sgt...masih agak muda kan tp nampak matang
Quote nordin84 13-4-2023 12:39 AM
ujio replied at 13-4-2023 12:21 AM
Ohh laa..masa couple dgn adik elfira tu tak direstui omaknya la katanyaa..

loh pnh kapel dgn adik el yg bekas ain tu ke?
rita ni lawa, berlakon pn ok xkayu
Quote caramello 13-4-2023 12:47 AM
Lawa sgt la dia ni..even dia nampak lg lawa kt tv berbanding kt ig dia sdiri..biasa retis ni kt ig lawa namampos tp bila masuk tv biasher2 je..tp utk si rita ni terbalik plk..kt ig kdg2 x lawa sgt tp kt tv cantik sgt x jemu dipandang..
Quote slyfynx 13-4-2023 02:56 AM
I is dah tua.
So haram la kenal dua2 ni.
Hahahaha
Quote I.K.A888990 13-4-2023 04:25 AM
lawa hang ni rita. berlakon pn bagus gak. hang byk kan berlakon lagi tau. personaliti pn bagus takde rasa dgr menyombong lagi. psl hang dgn chubbe ni lantak hang ler
Quote doubleharmonic 13-4-2023 05:41 AM
rita nabirah? bubb-e?

whoareyousss?
Quote True-X 13-4-2023 05:47 AM
rita ni yg berlakon jadi bini derhaka ari tuh ek?

Quote SayaSayangMama 13-4-2023 06:08 AM
dia ni lawa gila, wajah stok stok boleh masuk miss universe gitu, dr kiri kanan depan belakang muka propotional sajork. untunglah dekkk
Quote ujio 13-4-2023 10:47 AM
nordin84 replied at 12-4-2023 04:39 PM
loh pnh kapel dgn adik el yg bekas ain tu ke?
rita ni lawa, berlakon pn ok xkayu

Ha ahh..pernah couple. Ikut artikel putus sbb nak fokus karier...ya lps ain tu la kot...
Quote marchikobonzo 13-4-2023 11:04 AM
Rita ni cun, berlakon pun best..sila cari director grade A, kot2 nt boleh menang best female actress ke
Quote supernaturalee 13-4-2023 01:42 PM
cantik gmbr kt tangga tu
kt mana tu ye

Quote shernazz 13-4-2023 01:45 PM
Nama chubb e TU dah mcm brand peti keselamatan plak
Quote nordin84 13-4-2023 09:16 PM
harap pasni boleh la berlakn dgn rita rudaini jd ank dia
Quote awexgaban7 13-4-2023 10:18 PM
Cantik rita ni….
Quote CinnamonR 13-4-2023 11:03 PM
X sesuai sbb laki tu pendek

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.291495 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top