Seorang pemuda meluahkan rasa kesal menerusi Twitter apabila mendakwa dia dan rakannya dilayan dengan biadab oleh seorang peniaga wanita di sebuah bazar Ramadan di Kajang, Selangor. Katanya rakannya ditegur oleh peniaga tersebut kerana didakwa menghalang gerai minumannya ketika mereka sedang beratur untuk membeli juadah ayam di gerai bersebelahan.
"Saya ingin berkongsi satu kejadian yang berlaku pada hari Ahad di Bazar Saujana Impian, Kajang. Kami sedang membeli ayam dari sebuah gerai bersebelah gerai peniaga wanita ini. "Ada beberapa orang sedang membeli dan kami lapan orang sedang menunggu untuk membeli. Kami tak mahu halang laluan pejalan kaki, jadi kami berdiri di hadapan gerainya. Mungkin hanya 10 peratus menutup gerainya. "Dengan biadab, dia kata kepada kawan saya, kalau tak beli dekat sini, blah. Saya sedang berniaga. Saya bayar sewa... Jadi kawan saya pun bergerak. Kemudian dia juga cakap pada saya dalam tone suara yang sama," dakwa pengadu.
Dia yang tidak berpuas hati kemudiannya menegur wanita itu dan mendakwa nyaris dipukul menggunakan kayu yang digunakan untuk menghalau lalat. "Saya kata padanya, dia bayar sewa gerai yang dia berdiri di dalam tu. Ia tak termasuk ruang orang berjalan kat luar gerai. Jadi saya boleh berdiri di mana-mana dan tiada orang membeli di gerainya pada waktu itu, jadi ia tak menghalang gerainya. "Kemudian dia ambil kayu yang dia pegang dan cuba pukul saya tapi seorang lelaki (dipercayai suaminya) menghentikannya. Dia mula menjerit kepada saya. Saya suruh dia pukul saya kalau dia berani dan saya akan hubungi polis. "Kemudian dia ambil selipar atau sampah, saya tak pasti, untuk dilempar kepada saya. Dan suaminya menghentikan dia sekali lagi. Saya mohon sesiapa dari Kajang atau Semenyih supaya tak layan wanita ini jika anda ke bazar Saujana Impian," ujarnya lagi. Dakwa pemuda itu lagi, wanita berkenaan berasal dari Indonesia, berdasarkan cara percakapannya. Dia turut membuat pautan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada posting itu.-CARI Sumber: mStar
|
jfq replied at 12-4-2023 02:26 PM
Dasar indon caprut. Gini la
ShyDoll replied at 12-4-2023 02:56 PM
Ramai sekarang yg bini nya Indon. Bazar Ramadhan dekat rumah aku ni ada couple bang duk niaga murtab ...
ShyDoll: Edited by ShyDoll at 12-4-202 ...
zjen replied at 12-4-2023 01:27 PM
iols arini bukak dgn nasi vegetarian ... pasal nak diet, nak halal, nak murah, dan malas nak tung ...
nazzse replied at 12-4-2023 01:26 PM
Sama aku pun. Klu kedai tu pekerja or tukang masak imson mmg takkan beli. Geli aku nak makan air t ...
ADVERTISEMENT