Anggota kumpulan Dolla, Syasya, 22, dinasihatkan neneknya yang juga pelakon veteran Rozie Othman supaya tidak tampil dengan pakaian terlalu seksi hingga sering dikecam netizen. Rozie, 60, ketika berkata kepada Harian Metro, dia sebagai nenek sudah menjalankan tanggungjawab memberi nasihat, namun selebihnya terpulang kepada Syasya untuk menerimanya atau tidak.
"Mengenai pemakaian seksi Syasya itu saya tahu dan sudah cuba menasihatinya. Saya cakap pada dia (Syasya), seksi-seksi macam ni, nenek tak berkenan. Kurangkan, cuba ubahlah. "Saya pun dulu pernah muda seperti dia, jadi fahamlah juga jiwa orang muda ini. Cuma, apa yang saya harap dia dapat terima nasihat diberikan itu. "Saya doakan yang baik-baik untuk dia agar mendapat hidayah daripada Allah. Saya juga berharap dia akan terus berjaya di dalam karier seni diceburinya ini. Dia masih muda dan perjalanan juga jauh lagi," katanya kepada Harian Metro.
Sumber: Harian Metro
|
vanillaninja replied at 12-4-2023 02:33 PM
Berapa umur mak si Syasya ni?
PocongTerbang replied at 12-4-2023 06:47 AM
Mak2 dolla ni muda belaka,so iols speku dalam 40-an
vanillaninja replied at 12-4-2023 03:09 PM
Memang anak beranak kahwin awal ke. Untung la umur 60 cucu dah besar panjang boleh jadi geng memba ...
mizruncing replied at 12-4-2023 02:28 PM
lama x nampak rozie othman ni. tak sangka dah 60 an dahh
ADVERTISEMENT