CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelabah Dapat Panggilan Daripada 'Pihak Insurans' Dan 'Polis', Duit Suri Rumah Lesap Hampir Separuh Juta Ringgit!

12-4-2023 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1464| Komen: 21

BAGAN SERAI – Seorang suri rumah berputih mata apabila wang simpanan miliknya di bank berkurangan sebanyak RM459,754 dipercayai akibat ditipu individu yang mengaku sebagai ejen insurans dan pihak polis.


Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pada 8 April lalu, polis daerah Kerian menerima laporan daripada seorang surirumah yang menyatakan telah diperdaya oleh penjenayah dalam talian.


Gambar Hiasan

“Dalam laporannya pada awal Februari lalu, mangsa dikatakan telah menerima panggilan dari ejen insurans dan pihak polis yang memaklumkan dia terbabit dalam kes tuntutan palsu serta turut terlibat dalam jenayah pemerasan dan judi haram.

“Akibat panik, mangsa telah mendedahkan maklumat akaunnya untuk tujuan siasatan pihak berkenaan dan turut diarahkan memindahkan wang simpanannya ke dalam akaun yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohd. Yusri, mangsa telah menceritakan perkara tersebut kepada ahli keluarga dan menyedari dirinya telah ditipu apabila simpanannya di bank telah berkurangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 12-4-2023 01:55 PM
Perhh. Kaya suri rumah...berkurang hampir setengah juta...agak2 mungkin byak lagi klt duit dia..sebb ayat berkurang.. bukan rugi
Quote KamikuP 12-4-2023 02:35 PM
Kayanya suri rumah tu mana dapat byk duit?
Quote sangbara2020 12-4-2023 02:50 PM
dia keje apa yg byk sgt duit
Quote ifanonline 12-4-2023 02:57 PM
scammer ni ada bantuan orang dalam dari bank...jangan percaya sangat bank2 kat malaysia ni...
Quote copy_paste 12-4-2023 03:01 PM
banyak laki dia bagi duit belanja,
mesti laki dia kaya kan
Quote krustykrab 12-4-2023 03:04 PM
Korg ni pun...entah² dia keje sblm ni..baru je resign jd surirumah kot
Quote juruterra 12-4-2023 03:08 PM
krustykrab replied at 12-4-2023 03:04 PM
Korg ni pun...entah² dia keje sblm ni..baru je resign jd surirumah kot

baru keluar duit kwsp setelah berumur 55thn mungkin
Quote syamzana 12-4-2023 03:09 PM
dasat acik surirumah...nanges acik2 workaholic dgr malangnya dpt kat scammer plak. harapnya duit acik ni byk lg.
Quote swateng1 12-4-2023 03:46 PM
kayanyaaa surirumah saving banyak gilaaa dalam bank.me ols yang bekerja ni pun lepas tolak semua komitmen, dah tahap asnaf layaknyaaaa
Quote ShyDoll 12-4-2023 04:24 PM
ifanonline replied at 12-4-2023 02:57 PM
scammer ni ada bantuan orang dalam dari bank...jangan percaya sangat bank2 kat malaysia ni...

kannn..aku  baru lepas buat report polis. Scammer duk call office, bila tanya urusan apa. personal.bagi hp number dulu baru dia ckp pasal apa. Bila tanya dr mana , tak nak reveal,nama pun tak nak bagi. Geram betul. Tak dapat gitu keluar notification ckp boleh jelaskan hutang perbankan anda degan rebat melalui cagaran kwsp. hotakkkkkk laaaa..suka-suka hati je...
Quote ~boolean 12-4-2023 04:41 PM
orang2 yang dapat call 'ugutan' ni, kalau kauorang tak buat salah apa nak takut dan gabranya?

lain lah kalau kauorang ada buat salah...haaaa..
dan mungkin...duit berkepuk-kepuk tak masuk akal tu ada kena-mengena dengan kesalahan tu sampai kau gabra sangat...mungkin...
Quote ifanonline 12-4-2023 05:24 PM
ShyDoll replied at 12-4-2023 04:24 PM
kannn..aku  baru lepas buat report polis. Scammer duk call office, bila tanya urusan apa. personal ...

saya pernah terima panggilan scam dari scammer lelaki dan wanita, cara2 nak atasi scam ni senang aje:

1. scammer lelaki, tanya dier samada dia dah sunat belum, sunat di mana, sakit tak sunat etc...

2. scammer wanita, saya akan tanya samada saya boleh pulas puting dier atau tidak
Quote krustykrab 12-4-2023 06:00 PM
juruterra replied at 12-4-2023 03:08 PM
baru keluar duit kwsp setelah berumur 55thn mungkin

Dgr setengah JUTA pun dh terbeliak bijik mata...cer tgk balik amount tu 400k + saja...
Kalau dia prnh keje sblm ni skrg dh bersara logik la dia ada duit sebyk tu kan
Quote bakingsoda 12-4-2023 06:06 PM
~boolean replied at 12-4-2023 04:41 PM
orang2 yang dapat call 'ugutan' ni, kalau kauorang tak buat salah apa nak takut dan gabranya?

lain  ...

baru nak tulis komen sama, duit sumber dr mana tu yg terus terloncat gelabah tits dituduh ada duit haram. kalau tak penah buat salah dah tentu ko bolayan "nak scam aku lettew". kadang2 dgr pekerjaan kerani lah hape tapi duit berkepuk2 tak masuk akal
Quote Zazama 13-4-2023 12:17 AM
Dah sampai masa penerima panggilan scam kan dia semula. Awal2 perbualan, layankan aje mcm org tak tau kaler lepas tu kasi smash dia cukup2!
Quote Carcosa 13-4-2023 12:47 AM
Tak cakap plk umur dia berapa.
Kalau muda, meols nk padankan aje muka. Tak baca cerita2 online ke?
Quote dua_chzy 13-4-2023 12:49 AM
Motif korang suma miskin asyik terkagum2 tengok surirumah kaya (termasuk akak)?
Quote cm_vungtau 13-4-2023 05:20 AM
Mesti chinese kot. Sebab kalau melayu mesti dah letak kat asb Kengkadang chinese kaya sebab mak bapak diorang kasi duit sejelepuk kat diorang. Rumah pun parents belikan.

Tak macam melayu, lepas kawin terkial2 nak kumpul duit beli rumah
Quote AnBulisia 13-4-2023 08:40 AM
satu yang aku perasan..
ramai yang terkena scam ni macam terpukau @ takut takut dan tak yakin

boleh tak kita buat kesimpulan
yang banyak duit dan terkena ni sebenarnya sumber duit yang dia dapat pun dari sumber yang tak betul...

bila ada call yang kata, duit puan ada masalah gitu gini
jadi disebabkan dia pun dapat duit dari cara yang tak betul jadi bila di tuduh tak bayar cukai etc bagai...tahap paniknya akan lebih dari orang yang tak buat salah

itu sebab mudah terima arahan untuk transfer kan duit ke 3rd party bagai

kalau duit yang ko usaha sendiri, cari dari sumber yang betul
orang ugut mcm mcm tak bayar cukai ka, apa ka.. ko tak kan risau sangat

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.305631 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top