Nampaknya, Datin Patimah Ismail masih bersedih dengan apa yang terjadi pada rumah tangga menantu kesayangannya, Puteri Sarah dengan Syamsul Yusof. Umum maklum ibu kepada pengarah itu rapat dan sering memberi sokongan kepada menantunya, sejak rumah tangga mereka dibadai gelombang. Menerusi beberapa hantaran di Instastories, Patimah berkongsi beberapa video dan menitip kata-kata semangat mengenai ujian dan takdir Tuhan khas buat aktres itu.
Kredit: IG Malah, dia mendoakan agar ibu kepada dua anak itu diberi ketenangan dan kesabaran serta disembuhkan luka di hatinya. Terdahulu, kemelut rumah tangga mereka bakal berakhir apabila Syamsul bersetuju menceraikan isteri pertamanya itu pada 18 April ini. - CARI
|
ADVERTISEMENT