CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Dipulaukan, Dipandang Serong Oleh Ahli Keluarga, Teman-Teman Dan Masyarakat,"-Da'i Syed

12-4-2023 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3112| Komen: 34

"Saya sering dipandang serong oleh beberapa ahli keluarga, teman-teman dan masyarakat. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, saya dipulaukan oleh mereka."

Da'i Syed, 28, mengimbau kenangan pedih dilaluinya selama tiga tahun ini mengharungi ujian besar membabitkan maruah diri yang berhadapan tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun pada 2020 lalu.


Foto: IG

Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dihubungi berkata, dia juga melalui fasa kehilangan punca pendapatan apabila ruang untuknya mengembangkan kerjaya terjejas.

"Sebagai manusia biasa, tipulah kalau saya katakan saya menjalani hidup seperti biasa sepanjang tempoh itu. Saya kehilangan punca pendapatan serta ruang untuk saya mengembangkan kerjaya. Tetapi, alhamdulillah, satu pintu yang ditutup untuk saya itu, Allah buka 1,000 lagi pintu.

"Bagaimanapun, ia tetap menghantui ke mana sahaja saya pergi sehingga untuk saya menikmati dan mengecapi kebahagiaan total itu sukar sebab rasa macam bawa beban itu ke mana-mana," katanya kepada Harian Metro.




Ditanya juga perasaannya selepas dibebaskan daripada tuduhan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, kelmarin, Da'i Syed berkata, sukar untuk dia menggambarkannya dengan kata-kata.

"Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apapun, saya lega kerana akhirnya saya boleh menutup episod pedih ini dan membuka lembaran baharu. Alhamdulillah.

"Syukur alhamdulillah, ia juga (ujian itu) mengajar saya erti sabar dan lebih tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan," katanya lagi.

Pada 10 April lalu, Da'i Syed dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.



Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Da'i Syed di akhir kes pendakwaan.

Terdahulu, pada 10 Disember 2020, Da'i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.



Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli, manakala Da'i Syed diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.

Sebelum ini, pada 31 Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Da'i Syed daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 12-4-2023 02:08 PM
kes dia ni ntah laa.. ramai buat report tak silap.
camne ntah bleh lepas. suspicious sket.
Quote babelina 12-4-2023 02:16 PM
klau bkn rogol pn.. ko dh parap pmpuan2 nie..
Quote alieyrina 12-4-2023 02:18 PM
Sebijik wukong. Yg janggut halus mcm blu jagung tu dah kenapa.

Tggu kak dud masuk menghencap
Quote 3chanceno 12-4-2023 02:26 PM
Retis ke dia tiap hari ada story kat bodgos?  
Quote gideoncross 12-4-2023 02:29 PM
lasagna replied at 12-4-2023 02:08 PM
kes dia ni ntah laa.. ramai buat report tak silap.
camne ntah bleh lepas. suspicious sket.

Klau Yislamik, mmg sllu trlepas, mcm Ebit Liew tu.
Quote gideoncross 12-4-2023 02:32 PM
alieyrina replied at 12-4-2023 02:18 PM
Sebijik wukong. Yg janggut halus mcm blu jagung tu dah kenapa.

Tggu kak dud masuk menghencap

Pelik tngok gmbr dia dgn bini dia cmtu, klau lpas Sahur nak gmbr cmtu mmg x kena lh sbb tngh ngntuk.
Quote brunesss 12-4-2023 02:42 PM
di dunia ko boleh lepas, kat akhirat ko jawab lah nanti dasar penunggang! kesian dekat victim2 dia!
Quote lasagna 12-4-2023 03:18 PM
gideoncross replied at 12-4-2023 02:29 PM
Klau Yislamik, mmg sllu trlepas, mcm Ebit Liew tu.

tu lah kan.. konon terpaling yislamik, udahnya kesian mangsa2 heols ni.
Quote kiwibenz 12-4-2023 03:27 PM
Luar tabii tu tanya hana.Ada didatangi dari belakang x
Quote gideoncross 12-4-2023 05:30 PM
lasagna replied at 12-4-2023 03:18 PM
tu lah kan.. konon terpaling yislamik, udahnya kesian mangsa2 heols ni.

Recently plak psl Dalai Lama tu, x sngka ya.
Quote Hoola 12-4-2023 06:35 PM
iyelah
kalau mmg xbersalah baguslah
kalau sapa2 pum bersalah usah risau nnti terpancar segala perilaku di hari akhir
dont be khuatir ok
Quote anony-mous 12-4-2023 06:43 PM
Dlm pd cenggitu pon masih ada yg sudi kutip buat laki
Quote anony-mous 12-4-2023 06:44 PM
gideoncross replied at 12-4-2023 05:30 PM
Recently plak psl Dalai Lama tu, x sngka ya.

Yg tu plg jijik!!!! Selama ni entah berapa ramai mangsa
Quote gideoncross 12-4-2023 11:05 PM
anony-mous replied at 12-4-2023 06:44 PM
Yg tu plg jijik!!!! Selama ni entah berapa ramai mangsa

Mnakutkan ya? Sdikit demi sdikit skrg ni x sngka bnyk pedos brleluasa. Dlu plak kes Fatih Seferagic yg knonnya abusive & mkan drugs tpi psl Yislamik, lpas cmtu je sdgkn mngsa dh tunjukkn mcm2 bukti, gila.
Quote gideoncross 12-4-2023 11:05 PM
anony-mous replied at 12-4-2023 06:43 PM
Dlm pd cenggitu pon masih ada yg sudi kutip buat laki

Yislamik, tu yg rmai prmpuan yg merembes.
Quote anony-mous 12-4-2023 11:37 PM
gideoncross replied at 12-4-2023 11:05 PM
Mnakutkan ya? Sdikit demi sdikit skrg ni x sngka bnyk pedos brleluasa. Dlu plak kes Fatih Seferagi ...

Figura mcm ni masalahnya yg xsangka. Klu ketua kartel xheran kita boleh jauhkan diri. I ingatkan dalai lama tu mcm mahatma ghandi, dah meninggal. Rupanya hidup lg & pedo pulak tu. Ada mat salleh buat video dkt tiktok lepas dalai lama buat kenyataan pasal video lidah tu. Dia kata dia bergurau. Mat salleh tu ckp nk bergurau, picit hidung ke, bkn hulur lidah mcm tu. Sah pedo. Napsu tgh memuncak sgt masa tu kot smpai lupa nk cover. Harap2 dgn video tu keluar la pengakuan mangsa2
Quote joy_ah 13-4-2023 12:15 AM
ko takde buat salah apa pun aku pandang serong.
Quote dua_chzy 13-4-2023 12:16 AM
Kenapa kau hidup lagi? Kenapa? Kenapa?
Quote dua_chzy 13-4-2023 12:21 AM
anony-mous replied at 12-4-2023 03:37 PM
Figura mcm ni masalahnya yg xsangka. Klu ketua kartel xheran kita boleh jauhkan diri. I ingatkan d ...

Mahatma Ghandi pun hada banyak sisi gelap uols.

https://www.npr.org/2019/10/02/7 ... -are-under-scrutiny

Selagi namanya manusia.

IMHO, nabi2 dulu pun sama. If weols researched their stories deeply, thoroughly, musti weols jumpa fakta shocking/tak masuk akal. Tapi weols kenot say anything la nanti masuk nuraka.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.078425 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top