CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Dah Mengembang Dikeluarkan Bomba Ikut Tingkap

12-4-2023 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1463| Komen: 10

Mayat seorang lelaki yang sudah mengembang dikeluarkan bomba menerusi tingkap di rumahnya.

Mengesahkan kejadian di Seksyen 2, Petaling Jaya, malam tadi, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 8.39 malam.



BOMBA membantu mengeluarkan mayat seorang lelaki yang sudah mengembang menerusi tingkap di rumahnya di Seksyen 2, Petaling Jaya, malam tadi. FOTO Ihsan Bomba

Berikutan itu, tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 43 tahun meninggal dunia di bilik rumah berkenaan dengan keadaan badannya sudah mengembang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anggota bomba bertugas memotong tingkap bilik berkenaan bagi membawa keluar mayat lelaki terbabit yang tidak dapat dikeluarkan menerusi pintu bilik kerana terlalu sempit.


"Kami mengambil masa beberapa minit sebelum berjaya membawa keluar mayat lelaki berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Difahamkan, mayat lelaki berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi proses bedah siasat," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 12-4-2023 01:45 PM
Haihhhh... Wartawan pun nak buat artikel biarlah penuh informasi. Ni mati sebab apa? Tinggal seorang diri ke? Gemuk sangat ke sampai terlalu kembang takleh keluarkan ikut pintu? Aku memerlukan information penuh.
Quote naina 12-4-2023 01:50 PM
Gemuk sangat ke
Takut Meletop je perutnya kalau dah mengembang sangat
Mayat dalam kubur kan beberapa hari lepas tanam perutnya Meletop tu yang kena tanam 7 kaki ke bawah sebab berbau kuat. Tu pun masih berbau lagi kalau duk dekat2. Ni cerita si penggali kubur la
Quote sharlenetexas 12-4-2023 01:55 PM
Pengarah jbpm selangor dah tukar org lain ke?


Quote KamikuP 12-4-2023 02:37 PM
Si mati hidop sorang kah? Moga kisah ini iktibar buat acik2 yg forever alone kat sini
Quote gideoncross 12-4-2023 04:43 PM
KamikuP replied at 12-4-2023 02:37 PM
Si mati hidop sorang kah? Moga kisah ini iktibar buat acik2 yg forever alone kat sini

Susah nak cri jdoh, lain lh klau retis, petik jari je dh dpt.
Quote AbukRokok 12-4-2023 05:42 PM
klu 2021 konfirm masuk statistik covid khueeeennnnn
bertambah cemas raykat membaca burita
Quote asfaz 12-4-2023 05:48 PM
IMG_20230412_174646.jpg IMG_20230412_174708.jpg IMG_20230412_174749.jpg
Quote B40tastePosh 2-11-2024 01:35 AM
KamikuP replied at 12-4-2023 02:37 PM
Si mati hidop sorang kah? Moga kisah ini iktibar buat acik2 yg forever alone kat sini

Tiber tiber2 acik anxiety disorder

Quote pocongkiutss 2-11-2024 01:49 AM
Ngok la..mati2 ingtkn berita baru

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.078190 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top