CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Terjah Masjid, Mengamuk Tak Tahan Dengar Suara Kumpulan Remaja Kejut Sahur

12-4-2023 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1021| Komen: 4

Tular sebuah video memaparkan beberapa remaja lelaki dikasari warga emas yang berang dikejutkan untuk bersahur.



Difahamkan, lelaki berserban itu tidak berpuas hati dengan tindakan mereka mengejutkan warga kampung pada waktu sahur.

Dalam kejadian di salah sebuah masjid di Mertoyudan Magelang, Indonesia baru-baru ini, kumpulan remaja itu menggunakan pembesar suara sehingga menimbulkan rasa kurang senang pada warga emas berkenaan.

Melalui video tular yang dimuat naik di akaun Instagram @memomedsos, kelihatan lelaki terbabit masuk ke ruangan masjid tersebut lalu mengamuk.



Dia turut dilihat mengangkat sebuah meja kecil di depan mimbar masjid sambil memarahi sekumpulan remaja tersebut.

Memetik laporan merdeka.com, warga emas tersebut berang dengan bunyi pembesar suara yang dekat dengan rumahnya.

Difahamkan, warga emas yang tidak didedahkan identitinya itu sedang mengaji dan berasa terganggu dengan suara remaja berkenaan.


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laqoyah 12-4-2023 07:36 PM
Boleh tak ko nak beribadat jgn kacau org?
Quote sambaldurian 12-4-2023 08:56 PM
Ni yg jenis remaja letak suara peri2 tu kot. Ingat kelakar sgt guna speaker surau.
Quote 3chanceno 12-4-2023 09:09 PM
Mungkin dah ditegur & berterusan dibuat begitu, tu yg atok mengamuk pada meols seharusnya kena bambu kalau bising berterusan.
Quote Carcosa 13-4-2023 12:27 AM
Diorang kat sana kalau nak kejutkan sahur pakai suara apa dkt masjid?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.047365 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top