CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mungkin Silap Saya Juga Nampak Muka Ketat Ke Apa, Jadi Buat Orang Salah Faham,"-Nad Zainal

12-4-2023 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4586| Komen: 42

Dikecam dan dikutuk sombong ketika menjayakan sebuah acara jualan sehingga tular dalam media sosial, Nad Zainal percaya isu salah tanggapan segelintir pihak tersebut mungkin berpunca daripada khilaf sendiri.


Katanya, situasi tersebut mungkin mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan individu yang tidak sempat diberikan layanan secara adil sepanjang berada di lokasi acara.

Foto: IG

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin bagaimanapun mengakui, sudah melayani semua peminat sama rata malah tiada sekatan untuk pengunjung mengambil gambar bersamanya sepanjang berada di tapak festival tersebut.

“Hal sombong-sombong ini saya dah tak mahu fikir lagi. Untuk diri saya sendiri, saya rasa mungkin ada orang yang tak menerima layanan sama rata macam orang lain.

“Sebab masa dalam acara itu mood saya sangat gembira, tiada masalah. Ada saja yang kata saya okey, ada yang kata tidak. Jadi pada saya semua orang mempunyai penerimaan berbeza.




“Kadang-kadang mungkin silap saya juga nampak muka saya ketat ke apa, jadi buat orang salah faham.

“Mungkin juga dalam sedar tak sedar saya tidak memberikan layanan sama rata kepada semua orang,” katanya pada sesi siaran langsung menerusi TikTok.

Enggan terlalu memikirkan kutukan ramai dan mahu meneruskan kehidupan seperti biasa, isteri kepada aktor Ungku Ismail Aziz itu berharap tiada lagi tanggapan sebegitu dilemparkan kepadanya.



“Ya, Allah janganlah bagi orang kata aku sombong lagi. Aku rasa bibir aku dah keras senyum hari itu. Tapi tak mengapa, kita lupakan. ‘Move forward’.

“Apa yang saya tahu saya jumpa orang (saya) selfie, saya gembira. Saya sudah penat,” luah pelakon berusia 32 tahun itu lagi.




Terdahulu, pelakon Cina Buta dan suaminya tampil sebagai selebriti jemputan dk sebuah festival bersempena Syawal di Putrajaya, baru-baru ini.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu itu didakwa ‘kekwat’ atau sombong apabila tidak senyum atau membalas sapaan peminat. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 12-4-2023 01:19 PM
limesherbet replied at 12-4-2023 05:15 AM
I tgk ok je..she was busy walking but she still acknowledge sapaan tu.

but she did'nt smile at all.

senyum sikit pun jadi la, tak kisah la kau tengah rush ke, even maraton sekalipun.


Quote vanillaninja 12-4-2023 01:25 PM
Berapa banyak thread pasal kekekwatan laki bini ni.
Quote brunesss 12-4-2023 01:30 PM
kalau dah kekwat tu udah lah tak payah nak justify bagai, barang dah jadi. next time kalau tau rezeki ko tu datang dari sokongan peminat jangan buat peminat rasa macam tu lagi. ni pun bukan pes time org cakap ko laki bini poyo kekwat. org cancel ko laki bini baru tau.
Quote matjerk 12-4-2023 01:32 PM
Tinggi nad ni berapa? Below 150 ke?
Quote purplelilac 12-4-2023 01:36 PM
brunesss replied at 12-4-2023 01:30 PM
kalau dah kekwat tu udah lah tak payah nak justify bagai, barang dah jadi. next time kalau tau rezek ...

Ye meluat bila dia nak tegakkan benang yg basah. Masalahnya ada netizen komen yg dia ni duk pandang org atas bawah walaupun netizen tu xde minta selfie dgn dia. Bukan sorg komen tau, ada beberapa org jgk.
Quote rain2169 12-4-2023 01:40 PM
dah dah la tu korang....
tak yah la kisah ngan dia lagi...
Quote Themilo 12-4-2023 01:44 PM
limesherbet replied at 12-4-2023 05:32 AM
Caught off guard..i pun bila jln tengah rush tetiba org nampak i tegur i, i tak smile sbb fikiran  ...

uols sapa? selebriti kah? setakat yang tegur tu jiran tetangga atau classmate sekolah zaman purbawara, sekadar pandang pun dah cukup baik. ni selebriti yang duk merayu-rayu mohon crowdfund, mohon didoakan sihat, mohon diberikan kesembuhan.. keh keh keh
Quote Suchi 12-4-2023 01:55 PM
Edited by Suchi at 12-4-2023 01:56 PM

Oh kat putrajaya rupanya
Awal2 ramadan aritu iols ada g bazar raya ni  masa tu takde org la sgt maybe sbb siang hari panas terik hari ahad. Tp dlm tu sejuk je ada aircond.
Semata2 singgah situ nk beli kuih batang buruk, anak iols tetiba merengek nk mkn kuih tu mujur situ ada hat pek kecik tu.
Quote likilu 12-4-2023 02:15 PM
Pujuk netizen sebab tahu netizen yg belanja dia masuk spital swasta haritu
Laki dia masih sentap lagi jangan lama sangat sentap dah la baru kawen bercinta pun berapa lama je
Norsiah tak menjiwai watak dah dibayar untuk promo kat festival tu, sekali hiburkan pengunjung n peniaga la bukan wat video yg langsung tak menarik tu je.

Taknak bergaul dgn audience gi berlakon teater sana, jauh stage takyah himpit himpit selfie ngna penonton
Quote unta2 12-4-2023 02:35 PM
buka sahaja ketat, malah bengkak jugak...
Quote nw111 12-4-2023 06:49 PM
matjerk replied at 12-4-2023 01:32 PM
Tinggi nad ni berapa? Below 150 ke?

Baru nk tanya..iols pun category petite 154cm..tapi takde dlm gambo nampak kemetot beno.. walau pakai selipar sekalipun
Quote primarikey 12-4-2023 08:16 PM
Gambo ungku pakai baju biru tu dah mcm m.nasir plak
Quote gerbera.memopad 12-4-2023 08:20 PM
Banding dengan cara Fazura layan fans jauh bebenor bezanya kan

Tapi iyalah, orangnya pun lain-lain. Cara control poyo pun tak sama
Quote missHaidiD 12-4-2023 08:21 PM
Ui nmpak busuk
Quote Masukkeluar 12-4-2023 08:27 PM
biar jela dia. benda ni takleh paksa. nanti nmpk sgt fake nyaa. lgpn elok je dia angkat tgn tu..bkn dia pandang lain pn. fans la yg over dk puja retis..pdhl retis tu cmtu jelah.
Quote sleepandream 12-4-2023 08:57 PM
hek eleh netizen pon... retis tah sape2 kenal ajee kalau lalu depan mata...
lainla bini menteri mcm nekros tu ke yg sah2 idup pakai duit netizen
Quote Piramida 12-4-2023 09:12 PM
Kesian.. Sejak nikah dua2 ni magnet negetif.. Byk org mengata. Poyo kan.
Quote Piramida 12-4-2023 09:15 PM
limesherbet replied at 12-4-2023 01:32 PM
Caught off guard..i pun bila jln tengah rush tetiba org nampak i tegur i, i tak smile sbb fikiran  ...

Sekali dua tiga kali OK kot.. Mcm couple ni selalu sgt news org kata kekwat.
Quote Piramida 12-4-2023 10:15 PM
limesherbet replied at 12-4-2023 10:10 PM
9years ago i penah nampak NZ ni kat damansra perdana..dia makan meja sebelah dgn bf(ex hub) dia ma ...

Dulu minat gak UI ni drama teman lelaki upahan.
Now ntah meluat dah. Hihi

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.097093 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top