CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kertas Siasatan Lengkap, Kes Ugut Pelancong China Dirujuk TPR

12-4-2023 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 397| Komen: 4

Percakapan dua individu dirakam bagi membantu siasatan polis berhubung kes anggotanya yang didakwa memeras ugut wanita berasal dari China kerana gagal menunjukkan pasport ketika sekatan jalan raya di Bulatan Dato Onn, minggu lalu.


Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, kertas siasatan tersebut telah dilengkapkan dan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut.


Tangkap layar video tular membabitkan pelancong warga China yang mendakwa dirinya diperas ugut anggota penguat kuasa minggu lalu.

“Kita telah memanggil pemandu e-hailing serta penumpangnya warga tempatan yang merupakan rakan kepada pelancong wanita terbabit.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan seterusnya sudah dirujuk kepada TPR semalam. Kita akan menunggu arahan lanjut pejabat TPR untuk tindakan seterusnya dalam kes ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 di Ibu Pejabat Kontinjen, di sini, petang tadi.


Terdahulu, tular video seorang wanita sedang mengulas isu berkenaan dalam bahasa Cina bersama sedikit rakaman kejadian yang dimuat naik di TikTok @cs_kuan.

Berdasarkan kapsyen video, anggota polis terbabit didakwa memeras ugut sebanyak RM200 daripada seorang wanita berasal dari China ekoran gagal menunjukkan pasportnya kerana tertinggal di hotel.

“Setakat ini, seramai tujuh individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan,” ujarnya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 12-4-2023 01:02 PM
salah tak bawak pasport, tapi yang diugut RM200 kenapa?
Quote Carcosa 13-4-2023 01:03 AM
Knp gambar pixilated abam polis tu mcm herlokk??



Quote otai_g 2-11-2024 06:54 AM
Kat Singapore pun sama kalo ko x bw passport atau pas pekerja time jalan2 mmg straight away kena Saman. Tp kat msia bkn kena saman tp kena pow plk

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.046994 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top