Seorang individu terkejut dan teruja apabila mengetahui kulit telur sebenarnya boleh dijual dengan harga yang tinggi. Di Twitter milik Khairul, lelaki itu mengakui sepanjang 26 tahun hidup, dia baru mengetahui tentang kulit telur yang sebenarnya sangat bernilai.
“Kulit telur yang sudah diasingkan sebenarnya boleh dijual, harganya pun sangat tinggi!,” katanya. Tambahnya lagi, banyak syarikat-syarikat besar yang mahu membeli kulit telur yang sudah diasingkan kerana banyak kegunaan. Lebih mengejutkan, harga kulit telur boleh mencecah sehingga RM210 untuk 10 kotak. Dia turut menggalakkan orang ramai untuk menyimpan kulit telur selepas ini bagi menambah pendapatan sampingan. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT