CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penguat Kuasa Indonesia Dibunuh Suspek Militan Uzbekistan Ketika Sahur

12-4-2023 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 295| Komen: 1

Pegawai imigresen Indonesia maut selepas tiga suspek militan warga Uzbekistan cuba meloloskan diri dari pusat tahanan di negara itu.

Menurut jurucakap polis, seorang daripada suspek maut akibat lemas selepas terjun ke dalam sungai, manakala dua lagi berjaya ditahan semula pihak berkuasa.


Ketiga-tiga suspek bersama seorang lagi rakan senegara ditahan pihak berkuasa Indonesia awal bulan ini kerana didakwa menyebarkan propaganda keganasan dalam talian.


Reuters

Mereka dikaitkan dengan kumpulan Katiba al Tawhid wall Jihad yang bersekutu dengan al-Qaeda, menurut polis Indonesia.

Ketiga-tiga suspek terbabit melarikan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Jakarta Utara semalam, selepas menyerang anggota penguat kuasa, termasuk anggota skuad antikeganasan dengan pisau yang dicuri di dapur, kata jurucakap polis Aswin Siregar.

"Seorang pegawai Imigresen terbunuh, manakala tiga lagi cedera parah dalam cubaan melarikan diri itu.


"Mereka menceroboh siling dan menyerang pegawai yang sedang makan sahur dan bersiap untuk menunaikan solat.

"Siasatan awal mendapati, mereka merancang melarikan diri selepas dikunjungi pegawai konsulat Uzbekistan. Mereka tidak mahu dihantar pulang kerana berdepan hukuman berat di sana (Uzbekistan)," kata Siregar.

Kedutaan Uzbekistan di Jakarta tidak memberi maklum balas kepada AFP untuk mendapatkan komen.

Negara Asia tengah itu melaksanakan langkah ketat untuk memerangi kumpulan bersenjata dan ekstremis agama dan dituduh menggunakan kekerasan yang berlebihan, termasuk penyeksaan dan penahanan sewenang-wenangnya oleh kumpulan hak asasi manusia.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 12-4-2023 02:42 PM
Innallillah ......ini betul2 tebok atap nak cuba larikan diri dari tahanan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.040343 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top