CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 19 Tahun Pukul Dan Bakar Anjing Di Skudai

12-4-2023 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 499| Komen: 7

Johor Bahru: Lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kesakitan secara kejam terhadap seekor anjing, bulan lalu.

Braden Yap Hong Sheng, 19, yang juga orang kena saman (OKS) mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.


Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan kejamnya menyebabkan kesakitan yang tidak sepatutnya ke atas seekor anjing betina berwarna coklat di depan sebuah premis di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Skudai di sini, jam 1.49 pagi, 27 Mac lalu.


Foto: Harian Metro

Bagi perbuatan itu, OKS didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Mengikut fakta kes, kira-kira 12.30 tengah hari, 28 Mac lalu, Doktor Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Johor menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas seekor anjing berdasarkan aduan awam berkaitan seorang lelaki yang memukul dan membakar seekor anjing.

Hasil pemeriksaan mendapati anjing berada dalam keadaan ketakutan serta terdapat kesan lebam dan terbakar di peha kiri, luka pada kaki hadapan dan pendarahan di bahagian mata sebelah kiri.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), OKS didapati memukul dan membakar anjing berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa JPV Negeri Johor, Mohd Zamri Shak @ Ishak.

Sementara itu, peguam P Rajakunaseelan memohon penangguhan bagi hukuman terhadap OKS itu memandangkan peguam GK Sritharan yang sepatutnya mewakili OKS tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

"Peguam yang dilantik OKS kini berada di Filipina dan penerbangan pulangnya ke Malaysia adalah pada minggu depan," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 April ini untuk fakta dan hukuman terhadap OKS.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samperit 12-4-2023 11:16 AM
bakar jantan ni balik
Quote cikatilia 12-4-2023 11:45 AM
xde keje ko dek umur 19 pi bakar anjing
sia2 aje idop masuk penjara kena bayar denda mahal2
Quote PULANGKAN 12-4-2023 05:24 PM
so..

lepas ni dapat status apa? OKU kah?
atau hukuman terlalu berat untuk heols?

Quote cap_ayam 12-4-2023 05:30 PM
Tak boleh cakap Bahasa Melayu.
Quote Belibis 12-4-2023 11:44 PM
Nanti ada la mp dap tolong..
' memang dia salah,tapi hukuman tidak wajar'
Quote dua_chzy 12-4-2023 11:48 PM
Semoga Braden Yap Ting Tong merasa segala apa yang anjing tu rasa, di tangan manusia jahat. Eh mudah2an ko kena pukul dan bakar la senang cite.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.037183 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top