CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil Minta Maaf Pada Diana Dan Ibu Mentua, Tarik Balik Kenyataan Wujud Pihak Ketiga

12-4-2023 09:35 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6479| Komen: 70|Original author: Saiful

Farid Kamil tampil memohonan maaf terhadap isterinya, Diana Danielle susulan tuduhan wujud orang ketiga dalam kemelut rumah tangga mereka.

Farid berkata, permohonan maaf itu bukan sahaja buat Diana tetapi juga ibu mentuanya, Norsiah Ramli.


Foto: IG

"Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga.

"Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua saya, Puan Norsiah Ramli serta isteri Diana Danielle di atas kenyataan saya," katanya melalui IG Story.



Farid berharap Diana dan ibu mentuanya sudi memaafkan keterlanjuran yang tidak disengajakan itu.


"Sekali lagi di bulan Ramadan yang mulia ini saya mohon maafkan kekilafan yang terjadi," ujarnya.



Sebelum ini, Farid mendedahkan terdapat pihak ketiga sebagai punca rumah tangganya dengan Diana berantakan sehingga aktres tersebut memfailkan cerai pada awal Mac lalu.




Jelas Farid, kehadiran pihak ketiga itu mula dihidu sejak tahun lalu lagi.



Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanihan16 12-4-2023 09:39 AM
so bukti yg dikatakan ada tu tak wujud la sebenarnya eh?
Quote taji2906 12-4-2023 09:43 AM
terlajak kereta boleh gostan
terlajak kata, takde maap bagimu setan.

abis jatuh aib berkilo2 kat bini tu. baru nak tarik balik.
Quote cikatilia 12-4-2023 09:45 AM
senang aje mintak maaf kan
tuduhan berat tu...

so menuduh tu sebab emosional??
sbb nak tunjuk wife tu hauk.... offer duit pastu soh wife tu bertaubat mendaa???
dasar mabok
Quote 3chanceno 12-4-2023 09:54 AM
Tak memasal kerana mulut tak de insuran kena Saman kawkaw

Parit ooiii Silence is Golden, so dendiam sampai kes selesai tu lebih baik untuk ko
Quote epal_putih 12-4-2023 10:02 AM
Hati org dah terluka tuuu
Nk pujuk pon bo layan jerr
Quote bulalof 12-4-2023 10:04 AM
lagi banyak buka mulut lagi hancur mcm putu kacang!
Quote SherryZass 12-4-2023 10:05 AM
Kau mabok todi ka parit? tulah lain kali nak bagi kenyataan pastikan dalam keadaan waras.
Quote miss_strangers 12-4-2023 10:12 AM
Dah level cam sol pulak ko ni Farid. Kena santau dgn betina lain ke sampai jadi biol cam sol jugak?
Quote Suchi 12-4-2023 10:17 AM
Sekejap gitu sekejap gini
Lepas mcm2 offer bini tak layan dan nak cerai juga jd dia guna pendekatan lain plak
Better selesaikan secara diam2 je la oii
Elok2 dh bini dia tak berbunyi pun sblm ni patutnya awak pun sama2 diamkan je
Biarkan semuanya memasing cite dlm mahkamah je tp nak juga dia probok hari2, duk bg kenyataan itu ini kat wartawan.
Quote myakayina 12-4-2023 10:26 AM
mmg weng si fk ni..
Quote Lavender_Violet 12-4-2023 10:40 AM
Menyampah aku..
Jantan2 hauk kat Mesia ni ingat ppuan /bini senang nak digelapkan mata dgn duit je ke?
Padan muka ko to the max bila DD ludahkan je offer ko tu & proceed nak cerai jugak
Level tapak kaki dah maruah ko Parid oiiii
Quote sukacactus 12-4-2023 10:41 AM
Kah3!
Teruk sgt ko ni FK
Pegi la berubat
Quote Jennyrol 12-4-2023 10:51 AM
Fk ni mmg ckp x pk dulu ke cmne
Quote dudaberhias 12-4-2023 10:54 AM
Sang kacip keje buat cerita...
Citer si DD halau mak tu pun jangan harap iols nak percaya...
Elok ko masuk penjara balik je lah nyah...

Quote tagas 12-4-2023 11:01 AM
kpale ting tong

Patutla kena cerai dgn bini

Quote forex 12-4-2023 11:06 AM
mana adik dia yg mcm bagus tu, nak jugak dengar komen dia ahaks
Quote likilu 12-4-2023 11:06 AM
Apa dd cakap haritu? Dia bukan nak betulkan keadaan, cuma untuk air muka dia je.  

One liner je cukup takyah panjang lebar habis sangkut paut issue water birth la halal mak la hadiah first time gi overseas la. Wartawan pun hari hari gelakkan drama mahkamah korang, ps pun dah diam, maybe dah jumpa psikiatrist
Quote FlexyFox 12-4-2023 11:28 AM
bulalof replied at 12-4-2023 10:04 AM
lagi banyak buka mulut lagi hancur mcm putu kacang!

Tepat sekali ayat ini!
Quote Shayang 12-4-2023 11:28 AM
Komen2 fb kemain puji usaha keras parid ni siap kata bukan mudah lelaki nk rendahkan ego minta maaf ngn bini dan mak mertua.
Pastu katanya parid je yg usaha nk selamatkan perkahwinan tu tp dd ego.

Pompuan kalau dah failkan penceraian maknanya bkn nak selamatkan lagi dah umahtangga tu.
So sudah2 la nk paksa org, sama mcm kes PS masih gak ada yg nak suh dia tak berpisah yg nk kena hadap laki tu dorang jd biarlah dorang buat keputusan sendiri.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.220591 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top