Pelakon Shahronizam Noor kehilangan jari kelingking tangan kanannya selepas pisau pemotong daging tersasar dan terkena pada bahagian jarinya. Menurut anak tirinya, Daniel Khairi berkata, insiden tidak dijangka itu berlaku selepas mereka sekeluarga baru selesai berbuka puasa di rumah mereka pada malam Isnin.
Susulan kejadian itu, Shahronizam, 51, dikejarkan ke Hospital Ampang Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan kecemasan namun jari kelingkingnya tidak dapat diselamatkan. "Selepas selesai berbuka puasa, abah pergi ke dapur untuk memotong daging ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan kami. "Tetapi ketika proses memotong daging ayam, pisau abah tersasar lalu terkena jari kelingkingnya. "Mlihat jarinya yang terkulai putus, kami terus bawa abah ke hospital untuk mendapatkan rawatan memandangkan kecederaannya parah," katanya.
Dalam pada itu, Daniel berkata, petugas perubatan berjaya menghentikan pendarahan dan membalut luka manakal jari yang putus dimasukkan ke dalam sebuah bekas untuk dibekukan. Proses menyambung jari tersebut tidak dapat dilakukan dengan segera memandangkan tiada doktor pakar bertugas. "Petugas perlu menunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari tersebut boleh disambugn semula atau sebaliknya. "Bagaimanapun malangnya pagi tadi (Selasa) doktor pakar memberitahu jari abah tidak dapat disambugn semula memandangkan urat arteri yang menyambung darah telah pun putus," ujarnya. Bercakap mengenai keadaan bapa tirinya, Daniel memberitahu Shahronizam kini dalam keadaan stabil dan masih berada di wad untuk pemerhatian sehingga lukanya sembuh. Sumber: mStar
|
kuzaime replied at 11-4-2023 11:02 PM
ngilu bila bayangkan. Kalau kat dapur, mahir & cekap cam mana pun aku memotong, memang x nak ...
diamondhoney replied at 11-4-2023 11:11 PM
Ouh daniel ni anak safura ke..iols cuma tau heols sepupu meerqeen
diamondhoney replied at 11-4-2023 11:11 PM
Ouh daniel ni anak safura ke..iols cuma tau heols sepupu meerqeen
ADVERTISEMENT