Nad Zainal dan Ungku Ismail menjadi bualan hangat kerana didakwa bersikap sombong dan acuh tidak acuh ketika disapa peminat di Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP2023). Susulan dakwaan tersebut, Ungku Ismail hanya mampu meluahkan rasa syukur dapat mengutip pahala.
“Alhamdulillah, banyak pahala kami dapat daripada cemuhan, kutukan, hinaan, ungkitan, amalan sejak malam semalam. “Ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala mereka beramai-ramai. Subhanallah,”tulisnya di IG Story. Ungku Ismail menganggap kejadian tersebut sebagai satu ujian buat dia dan isteri apatah lagi ketika ini umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan. Katanya lagi, kebenaran hanya akan terbukti di akhirat kelak tanpa perlu dia mempertahankan diri. "Yang muat naik, yang beritakan, yang sebar, yang mengata. Masyar itu benar. Kita sabar, nantikan. Sabar baby, ujian Ramadan Nad Zainal," kongsinya lagi. Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Nad bersama Ungku Ismail berjalan melalui beberapa gerai jualan sebelum ditegur oleh individu yang berada di situ.
|
msdummy.2018 replied at 11-4-2023 09:01 PM
Mereka yg menderma ada rasa menyesal tak?
ADVERTISEMENT