CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak 10 Tahun Meraung Kaki Tersepit Rim Motosikal Sampai Nampak Isi Daging

11-4-2023 07:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 580| Komen: 7

"Tragedi di bulan Ramadan yang ibu tak akan lupa sampai bila-bila," tulis seorang wanita menerusi perkongsian video di laman TikTok.

Dikenali sebagai Robiatul Adawiyah Muhamad Puzi berkata, insiden itu melibatkan anak lelakinya berusia 10 tahun dan berlaku pada 6 Ramadan lalu.


Tiktok/mstar

"Pagi itu suami nak hantar dua anak termasuk seorang yang belajar darjah satu. Saya dari tingkat dua berek polis dapat melihat mereka yang baru gerak.

"Mereka siap melambai-lambai pada saya. Baru je gerak sikit dalam 100 meter, tiba-tiba motosikal berhenti. Saya dapat dengar anak menjerit sekuat hati kesakitan.

"Dia tak pernah menjerit sekuat itu. Rupanya kaki kanan anak tersepit pada rim motosikal. Saya bergegas turun bagi melihat keadaannya," katanya kepada mStar.

"Saya dapat lihat isi daging, takut tengok. Pada masa sama, rasa sayu tengok anak teriak kesakitan. Saya tanggalkan stoking anak, nampak kesan rantai motosikal.


"Anak berulang kali berteriak, 'ibu, Ammar (panggilan anak) tak nak kaki patah, tak nak kaki patah'. Masih terngiang-ngiang jeritannya masa tu," ujarnya yang menetap di Yan, Kedah.



Berasal dari Pendang, ibu kepada lima cahaya mata itu memberitahu, anak sulungnya dimasukkan ke hospital selama empat hari bagi menjalani rawatan.

Menurut Adawiyah, dia bersyukur kerana pembedahan selamat dijalankan dan doktor pakar memaklumkan kaki anaknya tidak patah dan urat dalam keadaan baik.

"Syukur Alhamdulillah. Anak kini berehat di rumah untuk pulih. Sayu tengok keadaan anak, tapi saya tak tunjuk perasaan tu... di belakang dia saya menangis,” katanya yang sentiasa memberi sokongan kepada anaknya untuk terus kuat menempuhi dugaan.

Menyifatkan anaknya sebagai pemalu dan lemah-lembut, suri rumah itu bersyukur dan berbangga dikurniakan anak yang sangat bertanggungjawab.

"Dia banyak bantu uruskan adik-adiknya, dari memasak, beri makan minum, mandikan dan bersihkan kalau berak sekali pun. Penat-penat balik sekolah pun dia tetap rajin tolong,” katanya sambil menambah anaknya aktif bermain bola sepak dan badminton.

Dalam pada itu, Adawiyah mendedahkan pada hari kejadian sepatutnya giliran anaknya melaungkan azan di surau dekat rumah atas kemahuannya sendiri.

"Sejak 1 Ramadan lalu, anak saya setiap hari pergi solat tarawih. Dan setiap malam akan ada anak-anak yang azan di surau. Patutnya malam tu giliran dia, siap berlatih depan saya.

"Saya minta dia bersabar, tuhan nak bagi dia berehat dulu. Itu pun dia teringin ke surau walaupun sekadar solat dengan duduk di kerusi, saya beritahu tunggu sembuh," ujarnya lagi.

Bagi Adawiyah, perkongsian video mengenai insiden yang menimpa anaknya itu sebagai pengajaran kepada masyarakat terutama ibu bapa supaya berhati-hati.

"Memang perkara nak jadi, tapi kita semua sentiasa beringat dan peka. Sentiasa pesan kat anak-anak untuk pastikan mereka berhati-hati di mana jua, pada bila-bila masa," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 11-4-2023 08:39 PM
Dalam isu ni, si omak sepatutnya pesan kat makpak yg bawak anak² nek muto.
Dengan kaki tergantung kat belakang, ingat budak tu ada imbangan badan kaa...
Quote acikhan 11-4-2023 09:05 PM
haku pernah kene gak kulit nampak daging berbekas beso sampai skang kat betis...umo 6 tahun nampak abah haku balik keje " yeah yeah abah balik n lum sempat abah haku park moto haku berlari ke abah tp betis sampai dulu kat bhg ekzos yg panas giler tu...
Quote Beribear 11-4-2023 10:44 PM
Adik iolss pon pernah kena kaki masuk dlm rim time umur 10 ke muda lg dari tu tah. Kesian dia. Nasib urat dgn tulang buku lali takde pape. Sampai skrg ada parut. Moga cepat sembuh, insyaAllah
Quote Carcosa 11-4-2023 10:56 PM
Adui, kaki patah tu problem yg paling bawah sekali yach. Itu yg mak dia highlight apa Dr pakar cakap.
Kudung, hilang a huge chunk daging, nerve rosak, tu semua lagi potential problem yg marabahaya.
Tapi Yelah, mungkin mak dia husnuzon tinggi.
Tulang patah boleh heal ye makcik. FYI.
Quote Jitu 11-4-2023 11:16 PM
ngeri
teringat kawan masa sekolah rendah dulu eksiden
buku laki cucuk ke besi foot rest
lama jugak terlantar tak blh jln
Quote Perawankota 12-4-2023 06:35 AM
Mak aku pernah accident masa dia pregnant kan adik bongsu aku.. Masa tu sandal kayu dia termasuk dlm rim motor.. Nasib baik kaki tak termasuk dlm rim.. Dia pulak terpegang exzos motor, gelembung tapak tangan masa balik umah...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.195692 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top