CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usahawan Sensasi Siti Jamumall Dah Bercerai Talak Satu!

11-4-2023 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3107| Komen: 35

“Saya sudah lama bercerai, jadi berhenti buat fitnah,"kata usahawan sensasi, Siti Jamumall mengenai status dirinya selepas timbul banyak persoalan dalam kalangan netizen.

Siti Jamumall, 24, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia dan suami sudah bercerai dengan talak satu sejak tahun lalu selepas empat tahun berkahwin.


Foto: IG

“Perceraian ini sakit. Walaupun apa yang dilihat dan dilalui ini mengganggu emosi, saya simpan dan tak beritahu sesiapa kecuali keluarga dan rakan rapat saja. Dulu lagi saya jenis tak kongsi kisah peribadi terutama rumah tangga.

“Cuma sejak kebelakangan ini saja apabila saya buat sesi siaran langsung di Tiktok, ramai bertanya mana suami, lama tak muat naik gambar dan video bersama, jadi saya rasa ini masa terbaik untuk saya kongsikan perkara sebenar.

“Lagi pula saya pun dah habis edah dan simpan perkara ini lama. Dalam masa sama, nak elakkan fitnah berlaku. Jadi, saya tak nak lagi ada komen bukan-bukan. Sebab mereka tak tahu apa-apa. Saya tak nak ada fitnah berlaku,” katanya.


Menurut Siti Jamumall lagi, episod perceraian yang berlaku memberikan impak besar terhadap diri dan kehidupannya.

“Apa yang berlaku ini memberi impak besar kepada kehidupan saya. Saya hanya berkongsi perkara ini kepada keluarga dan rakan rapat saja. Mereka yang banyak berikan sokongan dan semangat untuk teruskan kerjaya.

“Saya dari umur 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan mak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami, tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri.

“Jadi apabila bercerai, saya sedar ia sangat penting. Kalau contoh saya tak ada apa-apa, mungkin sukar untuk saya teruskan hidup dan besarkan anak-anak. Saya mencari rezeki untuk besarkan dua anak lelaki. Saya yakin ramai juga ibu tunggal yang kuat untuk membesarkan anak-anak.

“Saya buat berniaga dan buat sesi siaran langsung. Tujuan saya untuk mencari rezeki halal untuk anak-anak. Saya tak baik mana, banyak jahat saya, saya tahu. Kalau anda tengok saya memekik dalam ‘live’, itu adalah kandungan yang dibuat semata-mata,” katanya.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4; dan Putra Aiman Zafran, 2. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 11-4-2023 07:18 PM
abangla sama rohingya vellfire....tersinyum sipu...
Quote kelapaparut 11-4-2023 08:03 PM
muda kaya cantik mcm ni pun laki nak cerai jugak ke, org laki ni nak ape ye sbnrnye, yg cantik semua bercerai je ni
Quote kakikuDibibirmu 11-4-2023 08:12 PM
kelapaparut replied at 11-4-2023 08:03 PM
muda kaya cantik mcm ni pun laki nak cerai jugak ke, org laki ni nak ape ye sbnrnye, yg cantik semua ...

Selalunya yang muka cantik perangai cam sial
Quote krustykrab 11-4-2023 08:13 PM
Sapa lak ni...sampai citer bercerai pun tergolong dlm current issue
Quote sharlenetexas 11-4-2023 08:14 PM
Who ayussss?


Quote raxief 11-4-2023 08:17 PM
kelapaparut replied at 11-4-2023 08:03 PM
muda kaya cantik mcm ni pun laki nak cerai jugak ke, org laki ni nak ape ye sbnrnye, yg cantik semua ...

tak cantik
Quote che-cikL 11-4-2023 08:26 PM
Ok, jadi dgn adanya berita ini, macamana harga ayam berapa sayur minyak?
Quote umbut 11-4-2023 09:01 PM
Laki pun x tahan ngan ko.. bingit...mcm2 kes viral
Quote matchstick 11-4-2023 09:18 PM
kelapaparut replied at 11-4-2023 08:03 PM
muda kaya cantik mcm ni pun laki nak cerai jugak ke, org laki ni nak ape ye sbnrnye, yg cantik semua ...

Cantik ke muka persis bibik gitu
Quote Samerosie 11-4-2023 09:19 PM
Entahlah.  Siapa engkau pun aku tak tahu.
Quote sukacactus 11-4-2023 10:50 PM
Aku tau pasal dia ni, start news tertukar baby kat spital bersalin dl
Quote Carcosa 11-4-2023 11:01 PM
kelapaparut: muda kaya cantik mcm ni pun la ...


Cantik kah?
Byk hal dia ni. Suka viral2 bende bangang. Batak viral. Time bercerai, pandai plk senyap. Taknak viral pulak.
Quote mojarean_X 12-4-2023 12:22 AM
kakikuDibibirmu replied at 11-4-2023 08:12 PM
Selalunya yang muka cantik perangai cam sial

Betul ke?....
Quote mojarean_X 12-4-2023 12:22 AM
X kenal......
Quote kakikuDibibirmu 12-4-2023 12:32 AM
mojarean_X replied at 12-4-2023 12:22 AM
X kenal......

Maka tak cinta
Quote lemak_masin 12-4-2023 01:06 AM
Dia ni kes tertukar baby tu kan..
satu lagi wat live kantoi guna duit print
Quote DeLuna85 12-4-2023 01:34 AM
Ada jugak yg kata dia ni cantik kan. Yelah mata masing2.
Quote OyenLemas 12-4-2023 01:43 AM
kak udah3 le buat live memekik . aduhai
Quote I.K.A888990 12-4-2023 01:49 AM
sapa minah ni
muda lagi eh dia

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.069071 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top