CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Licik! Kantoi Ganti QR Code Peti Derma Masjid Kepada Kod QR Akaun Peribadi Miliknya

11-4-2023 06:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1236| Komen: 17

Seorang lelaki licik, menggantikan kod unik Quick Response Indonesian Standard (QRIS code) peti derma masjid dengan kod QRIS untuk ke akaun bank peribadi miliknya.

Melaui rakaman CCTV yang tular, kelihatan seorang lelaki berbaju biru dan memakai kaca mata selamba melekatkan kod bar QRIS pada tabung khas yang diletakkan di masjid.


Menerusi paparan skrin video, kejadian berlaku 6 April, pukul 10.37 pagi di Masjid Nurul Iman Blok M Square, Jakarta Selatan, Indonesia.


Foto: Twitter

Menurut Zulfikar Akbar di Twitter, ini merupakan masjid kedua yang menjadi sasaran pelaku menggunakan modus operandi tersebut.

"QR code tabung masjid pun jadi sasaran. Diganti dengan kod peribadi.

"Semakin canggih cara pencuri beraksi. Mujurlah terakam oleh CCTV," tulisnya dalam ciapan yang tular.

Perbuatan itu dikatakan turut dilakukan di masjid lain antaranya Masjidil Haram Al-Azhar, Kabayoran Baru, Jakarta Selatan.


Menurut Ketua Pejabat Masjid Agung Al-Azhar Kebayoran Baru, Iding, kejadian itu berlaku beberapa hari lalu.

Namun, Dewan Kemakmuran Masjid (DKM) Masjidil Haram Al-Azhar difahamkan mengetahui tentang perkara tersebut pada Ahad malam.

"Kejadian itu baru mula disedari pada Ahad malam, tetapi jika dilihat melalui kamera CCTV, penggantian kod QR itu berlaku sejak 6 April lalu," kata Iding memetik laporan Tribunnews.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Jabatan Komunikasi Bank Indonesia (BI), Erwin Erwin Haryono berkata, sistem pendigitalan sebenarnya memberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan kepada banyak pihak.

“Tetapi pada masa yang sama, jenayah sentiasa ada termasuk mereka yang mengambil kesempatan atas kemudahan ini,” kata Erwin pada Isnin.

Dia turut merayu kepada pengguna agar berhati-hati menggunakan QRIS dan menjadikan kes itu sebagai satu pengajaran.

Walaupun kejadian berlaku di negara seberang, tetapi rata-rata masyarakat Malaysia turut memberikan perhatian terhadap isu tersebut.

Ia umpama memberi peringatan kepada semua kerana jenayah sedemikian cenderung untuk berlaku di mana-mana sahaja kita berada. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 11-4-2023 10:06 PM
Quote Carcosa 11-4-2023 11:03 PM
Weiiiii....
Entahlah. Meols ni jahat lah jugak.
Tapi gini punya cara jahat, dah kira mcm level2 shaitan berpangkat General ni, wei.
Dahla duit masjid. Fuihhhh. Ni betul2 hati itam ni
Quote B40tastePosh 11-4-2023 11:40 PM
Melayu dan Indon sama spesis...hati²
Quote Zazama 11-4-2023 11:53 PM
Jangan kerana laparkan duit sanggup pula menipu. Semoga perlaku insaf la harapnya..
Quote mojarean_X 12-4-2023 12:31 AM
kakikuDibibirmu replied at 11-4-2023 10:06 PM

Screenshot_20230412_003047_QR & Barcode Scanner.jpg
Quote kakikuDibibirmu 12-4-2023 12:35 AM
[youtube]tERxqwdDM54[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 12-4-2023 12:36 AM
mojarean_X replied at 12-4-2023 12:31 AM

Pakai Samsung tak ajak
Quote mojarean_X 12-4-2023 12:39 AM
kakikuDibibirmu replied at 12-4-2023 12:36 AM
Pakai Samsung tak ajak

Alah samsung Rm1 sambung kontrak maxis je
Quote OyenLemas 12-4-2023 01:44 AM
bila tuhan tak ditakuti
Quote penmerah 12-4-2023 01:49 AM
mojarean_X replied at 12-4-2023 12:31 AM

Hahahaha betul ke ni sis???
Quote sarahmirza 12-4-2023 06:37 AM
Yg scan nak menderma tu tak check ke sebelum tekan? I buat payment guna QR kat kedai lps scan ada keluar nama akaun i mesti sebut bagi tau kat cashier tu.... Saja nak pastikan i bayar kat akaun yg betul.... Lain kali check sebelum bayar... Sama ke tak nama akaun tu dengan apa yg tertulis kat tempat derma tu....

Tapi kalau masjid pun cuma letak QR code tanpa info nama akaun, itu satu kebodohan jugak...
Quote gideoncross 12-4-2023 02:36 PM
Carcosa replied at 11-4-2023 11:03 PM
Weiiiii....
Entahlah. Meols ni jahat lah jugak.
Tapi gini punya cara jahat, dah kira mcm level2 shai ...

Aiol pun sma juga, x baik tpi klau smpai jdi cenggini, x lh iol brani.
Quote shi_jewel 12-4-2023 03:21 PM
ade jugak manusia berkepalakan hotak mcm ni eh...
Quote SedihPedih 12-4-2023 03:24 PM
pastikan account name tu nama masjid tu sebelum nk derma. Tak mungkin letak account bendahari masjid utk derma2 ni.

Syaiton betul mamat mok ni.
Quote HabukBesi 12-4-2023 03:25 PM
ok lepas ni duit raya kita ganti guna QRpay jela
Quote Carcosa 12-4-2023 10:31 PM
gideoncross replied at 12-4-2023 02:36 PM
Aiol pun sma juga, x baik tpi klau smpai jdi cenggini, x lh iol brani.

Kan chuolllzzahhh??
Gila babeng tahap hati hitam kering mamat ni. Mencuri dah satu hal, kat Masjid satu hal, bulan puasa satu hal lagi. Haiyooooo. Bertingkek tingkek Bonus Point
Quote gideoncross 13-4-2023 12:33 PM
Carcosa replied at 12-4-2023 10:31 PM
Kan chuolllzzahhh??
Gila babeng tahap hati hitam kering mamat ni. Mencuri dah satu hal, kat Masjid ...

Dh akhir zman, iol ni klau ikut hti, mmg dh lama jdi pnjnayah tpi psl msih ada kesedaran, iol x buat bnda cmtu.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046852 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top