Khairulaming menjadi perbualan ramai selepas dia menutup operasi kilang sambal miliknya di Kelantan, baru-baru ini. Usahawan dan pempengaruh media sosial itu bukan sahaja membawa 60 pekerjanya keluar membeli baju raya, berbuka puasa di hotel, malah turut menghadiahkan bonus wang tunai buat mereka.
Terbaharu, seorang individu di Facebook, dikenali sebagai Faridzul Asyraf Mat Arifin membuat anggaran kos yang dibelanjakan Kahirulaming. "Berapa Khairulaming loss (habis) belanja pekerja? Dia bawa staf 60 orang pergi belanja baju raya, lepas tu bagi bonus raya, kemudian makan bufet kat hotel. "Baju raya 300 kali (darab) 60 orang, jumlah RM18,000. Bonus raya RM1,000 kali 60, jumlah RM60,000. Bufet raya, RM100 kali 60, jumlah RM6,000. Total RM84,000. "Dia tutup dua hari operasi. Ini lagi loss besar. Sehari 5,000 botol RM70,000. Dua hari RM140,000. Let say la Cost of goods sold (COGS) lima peratus, so RM70,000 kerugian. Total loss RM154,000," ujar individu itu.
|
umbut replied at 11-4-2023 08:56 PM
Ye ke 1k bonus tu.. aku tgk kemain tebal.. note 50 tu anggaran 3k to 4k
_kelly replied at 11-4-2023 09:00 PM
over pulak faridzul asyraf mat arifin duk kira duit org
pittjie replied at 11-4-2023 08:53 PM
Duit dia bg staff tu rm1000 eh? Sbb aku ada terbaca sorang bdk cina anggarkan dr keyebalan duit tu m ...
annehuda replied at 11-4-2023 10:15 PM
Aku rasa lagi satu faktor sbb kilang die kt kelate. Bkn nk kutuk la tp kalau kt kelate tu mane lg nk ...
cmf_premierleag replied at 11-4-2023 09:20 PM
khueen..ms mula2 baca pun aku mcm?? eh eh overnya kau dikkkk...pi la cari duit sendiri..sibuk kira ...
ADVERTISEMENT