Pelakon, Farid Kamil menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan segala keputusan berkaitan isu orang ketiga dalam rumah tangganya bersama pelakon, Diana Danielle, yang dibangkitkannya sebelum ini.
"Bertaubatlah sebelum terlambat. Bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dilakukannya, dia mungkin ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak mampu nak ampunkan. "Sebagai manusia, saya akan maafkan Diana. Apa sahaja kesalahannya, saya maafkan sebab dia adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak saya," katanya. Farid ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berkata, dia bagaimanapun tetap ingin menyelamatkan rumah tangganya dengan pelakon filem Imaginur itu. "Semua perkara itu akan ditentukan mahkamah kerana saya hanya manusia biasa. Saya hanya bertindak sebagai suami yang cuma menuntut mengikut hukum hakamnya. "Saya tetap mahu menyelamatkan rumah tangga ini. Saya memang sayangkan Diana dan anak-anak," katanya kepada Harian Metro.
Pada masa sama, Farid meminta agar isterinya bertaubat, namun, tidak memberikan penjelasan yang jelas dan terperinci. Farid hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding sulh, namun, tidak dapat diselesaikan apabila Diana gagal hadir. Tarikh prosiding sulh kedua ditetapkan pada 25 Mei ini. Sumber: HARIAN METRO
|
ADVERTISEMENT