Pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet, 53, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila melakukan aksi spastik didakwa mempersendakan golongan penghidap Cerebral Palsy (CP) Menerusi sebuah video berdurasi 19 saat yang ditularkan, pemilik nama sebenar, Mazlan Ahmad itu sedang menjamu selera sambil melakukan aksi tersebut dengan melantunkan dialog yang tidak jelas.
Kemudian pada beberapa saat terakhir, dia turut menunjukkan jari tengah yang menjadi simbol kurang senonoh dalam masyarakat. Individu yang berkongsi video tersebut berasa tindakan Lan itu cukup biadap. "Saya tak suka betul benda-benda begini dibuat gurauan. Celebral Palsy atau spastik ini satu anugerah dari Allah. Buat gurauan macam ini sangat kurang ajar. Siap tunjuk 'middle finger' tu bergurau. "Sebagai guru pendidikan khas, saya tak suka. Tak ada kesedaran sivik langsung," katanya. Tidak dapat disahkan sama ada video terbabit adalah baharu ataupun lama. Setakat ini, percubaan Harian Metro menghubungi Lan untuk mendapatkan kenyataannya berhubung video itu belum menerima balasan. Sumber: HARIAN METRO
|
Carcosa replied at 11-4-2023 11:27 AM
Nanti dia kata "Alah, dulu masa Senario, si bodoh sorang lagi tu, selalu buat lawak budak terencat. ...
ADVERTISEMENT