CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Chiang Mai Berjerebu, Penduduk Saman Kerajaan Thailand

11-4-2023 04:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 227| Komen: 3|Original author: Tatod

Kira-kira 1,700 penduduk di bandar Chiang Mai menyaman kerajaan kerana pencemaran udara teruk yang menyelubungi utara Thailand semasa musim menebang dan dan membakar di kawasan ladang.

Dalam tuntutan itu mereka mendakwa Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dan dua pihak berkuasa negeri tidak mengambil tindakan yang mencukupi untuk mengekang pembakaran ladang, walaupun amalan itu mengeluarkan asap yang mengandungi toksik.


Plaintif termasuk aktivis, ahli akademik dan rakyat yang bimbang mengenai kesihatan mereka.

Gambar hiasan.

Dalam statistik bandar dengan pencemaran udara paling teruk di dunia seperti yang dipantau oleh syarikat teknologi kualiti udara Switzerland IQAir, Chiang Mai menduduki tempat teratas beberapa kali baru-baru ini.

Bandar ini menduduki tempat ketiga di belakang Beijing dan New Delhi.

Kaedah tebas dan bakar menjadi kelaziman di Thailand serta di negara jiran seperti Myanmar, Kemboja dan Laos terutama pada penghujung musim kemarau.


Pihak berkuasa Thailand melarang pembakaran tanaman pada 2019, namun undang-undang itu tidak dipatuhi.

Plaintif menuduh kerajaan tidak menjalankan penguatkuasaan dengan tegas.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuin-Kepam 11-4-2023 04:13 PM
Ladang tebu …
Quote tripleid 11-4-2023 04:32 PM
Global warming senyum sinis...mnusia bakal pupus sbb tangan2 manusia sendiri yg menghancurkan bumi.

Quote Simunggu 11-4-2023 04:32 PM
boleh pula saman kerajaan ya....malaysia patut buat yg sama

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.028739 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top