CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Minta Henti Spekulasi Kes Remaja Lari Rumah Dakwa Mangsa Rogol Bapa Tiri

11-4-2023 11:08 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1445| Komen: 7|Original author: Tatod

Pihak polis mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebaerang spekulasi yang akan mengeruhkan lagi keadaan berhubung kes rogol membabitkan pelajar Tingkatan Empat.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, selain perlu menjaga sensitiviti ahli keluarga, penyebaran maklumat tidak benar itu juga dikhuatiri mengganggu siasatan.


Katanya, ketika ini siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun sama.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil

"Susulan kejadian itu, tangkapan sudah dibuat ke atas ibu kandung dan juga bapa tiri mangsa berusia 16 tahun untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai diharap tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Biar pihak polis jalankan siasatan," katanya hari ini.

Menurutnya juga, beberapa saksi sudah dipanggil dan dirakam keterangan termasuk rakan lelaki mangsa selain ahli keluarga lain,


Katanya, pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi lain dalam masa terdekat.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan suami isteri selepas dipercayai terbabit dalam kejadian rogol membabitkan anak perempuan yang berusia 16 tahun, sejak tiga tahun lalu.


Sumber: HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 11-4-2023 11:03 AM
Cerita macam straight forward nak speku apa lagi, ka ada plot twist?

Quote mizruncing 11-4-2023 12:16 PM
ke budak tu reka cerita?? takkan lahhh
Quote supernaturalee 11-4-2023 12:25 PM
baru ni tgk la law: svu
kes bdk 17 thn kena rape
igtkn bebudak laki kt sekolah sbb ada video tgh parti2 mabuk2
siasat pny siasat bapak tiri kena tuduh sbb jd kt tmpt keje bapak tiri dia
bila gali dlm2 bukti alih2 bos bapak tiri pny keje

maybe xde persamaan langsung dgn svu ni
tp perlu siasat dlm2 statement that girl dan bukti2 yg berkait


Quote aciksenah 11-4-2023 01:59 PM
Kita pun tak tau kisah sebenar mcm mana. Mungkin remaja tu memang melarikan diri disebabkan pak tiri. Atau sengaja buat alasan sebab takut pakwe kena tahan lokap disebabkan dia masih bawah umur.

Kalau betul jadi magsa pak tiri. Kesiannya la kat dia. Trauma tu bukan senang nak hilang
Quote Purplehaz 11-4-2023 03:08 PM
Kalau dh start panggil saksi saksi lain, maknanya budak tu x tipu...mungkin.
kalau budak tu pernah cerita kat kwn kwn dia , so nnti kwn dia akan jadi saksi utama.
Akta kesalah rogol bwh umur ni mmg akan side kanak2 walau tiada bukti mase kejadian.
Semoga budak tu dijaga oleh org yg baik lps ni..aminn.
Quote umbut 11-4-2023 03:59 PM
Aku percaya lari sebab pak tiri perogol. Rumah kalau aman tenang xdanya budak nak lari. Ni dok rumah pun takut.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.032129 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top