CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Belia Tampil Dengan Idea Yang Dapat Beri Pahala Kepada Peniaga Bazar Ramadan

11-4-2023 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1482| Komen: 15

Tidak mahu melihat pembaziran makanan yang masih elok dijual di bazar Ramadan terbuang begitu sahaja mendorong sekumpulan belia tampil dengan idea yang dapat memberi pahala kepada peniaga berkenaan.


Ini kerana semua makanan itu terutamanya kuih muih yang masih berkualiti akan dikumpul sebelum diagihkan ke surau dan masjid sebagai juadah moreh selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat Tarawih.


Sebahagian daripada 13 remaja Sukarelawan Perpaduan DUN Klebang menimbang berat kuih muih yang tidak terjual di beberapa bazar Ramadan sekitar Klebang sebelum ia disedekahkan ke surau dan masjid sebagai juadah moreh di bawah program MYSaved Food sejak 1 Ramadan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Klebang Besar, Datuk Mohd. Yusof Abu Hassan berkata, usaha murni itu dilakukan 13 remaja daripada Sukarelawan Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang.


“Program ini dinamakan MYSaved Food yang dilakukan sejak hari pertama Ramadan bagi mengelakkan pembaziran makanan yang masih elok selain peniaga berkenaan juga dapat memperoleh pahala bersedekah.

“Setiap hari, sukarelawan ini akan mengumpulkan makanan terutamanya kuih muih daripada beberapa bazar Ramadan sekitar Bukit Rambai, Pantai Kundor dan Klebang yang tidak terjual tetapi masih elok untuk di makan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Menurutnya, juadah kemudian akan dikumpul dan selepas memastikan ianya masih elok, baharulah makanan itu diagihkan ke beberapa surau dan masjid berdekatan untuk dijadikan juadah moreh selepas solat sunat Tarawih.

Tambahnya, sejak program itu dimulakan 1 Ramadan lalu, MYSaved Food itu telah memberi manfaat kepada kepada lebih lima buah masjid dan surau dalam kariah berkenaan.

“Kebiasannya, setiap hari sukarelawan ini akan menerima antara lima hingga 10 jenis makanan, bergantung pada sumbangan yang diperoleh daripada peniaga.

“Jika makanan itu terlalu banyak, ia juga akan diagihkan kepada keluarga asnaf yang sudah dikenal pasti.” tambahnya.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 11-4-2023 10:07 AM
Baguih bebudak ni
Quote c===8 11-4-2023 10:09 AM
ingatkan lepas timbang peniaga tu dpt saguhati
Quote renko 11-4-2023 11:38 AM
paksa sedekah ke apa ni
Quote apech 11-4-2023 11:41 AM
renko replied at 11-4-2023 11:38 AM
paksa sedekah ke apa ni

sapa yg taknak sedekah, tak yah. yg ni tak dipaksa.
Quote Simunggu 11-4-2023 11:42 AM
ada imam marah sbb masjid mereka jadi tempat pembuangan sampah pula
Quote renko 11-4-2023 11:47 AM
apech replied at 11-4-2023 11:41 AM
sapa yg taknak sedekah, tak yah. yg ni tak dipaksa.

ha oklah camtu
Quote MarryPottet 11-4-2023 01:42 PM
Apa tujuan ko timbang kuih2 tu dekkk?
Nak agih bagi sama berat ke setiap masjid & surau ke?
Dah macam nak hisab timbangan emas & perak yg wajib dizakatkan pulop
Quote Kitty_catz 11-4-2023 01:45 PM
bukan deme reheat then jual balik esok hari ke?
Quote nolya 11-4-2023 01:54 PM
Apa kata kalau dah nak hampir waktu berbuka, pembeli2 di bazar ramadhan yg masih ada diberikan diskau harga menu jualan, bukan lagi harga Rahmah tapi harga Rahimullah, hrga balek modal.
Quote HabukBesi 11-4-2023 01:58 PM
baguihhhh
Quote kakikuDibibirmu 11-4-2023 02:00 PM
Apa daa timbang pakai kati, macam daging lah pulak
Quote ally9970 11-4-2023 05:14 PM
nolya replied at 11-4-2023 01:54 PM
Apa kata kalau dah nak hampir waktu berbuka, pembeli2 di bazar ramadhan yg masih ada diberikan diska ...

Nanti semua pembeli tunggu waktu hampir berbuka, baru nak beli...

Tahun lepas tempat aku, penjual air jual RM3 sebungkus. Pkl 7pm, dia start jual 3 bungkus RM5. 2 hari jer buat, pastu back to normal, hahahaha...sbb semua orang tunggu 7pm baru nak beli air
Quote Skuau 11-4-2023 05:56 PM
senang jer...dr..bazar ramdan..sambung ke pasar mlm..tak abes jugak..buat jd pasr pagi..sok arinya...lagi x abeh..jual balik jadi bazaar ramdan...begitula seterusnya...sampai AJM....
Quote nolya 11-4-2023 06:50 PM
Skuau replied at 11-4-2023 05:56 PM
senang jer...dr..bazar ramdan..sambung ke pasar mlm..tak abes jugak..buat jd pasr pagi..sok arinya.. ...

Tak jadi juga U sebabya nak jual kat pasar mlm, orang dah berbuka, tak de orang nak beli dah. Nak simpan sampai besok, segala inti karipap, kueh2 bersantan akan berlendir @ basi. Begitu juga lauk bersantan, ada tu nak makan waktu sahur pu dah basi. Sudahnya buang sebab kalau makan juga, sakit perut jgn komplen.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.135082 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top