CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Dipukul Bapa Sebab Marah Habiskan Kari Ayam

11-4-2023 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1774| Komen: 21

Seorang lelaki memukul anak kandungnya berusia 32 tahun dengan objek tumpul sehingga mati dalam kejadian di negeri Karnataka, India baru-baru ini.

Insiden di daerah Dakshina Kannada itu dikatakan berpunca daripada pertengkaran mulut selepas mangsa memarahi bapanya kerana menghabiskan hidangan kari ayam.



Gambar hiasan

"Mangsa yang baru pulang ke rumah tidak sempat merasai hidangan kari ayam selepas ia habis dimakan oleh bapanya.

"Situasi itu mencetuskan pertengkaran mulut yang membawa kepada serangan fizikal antara kedua-dua beranak tersebut.

"Suspek mencapai kayu dan memukul anaknya yang menjadi punca kematian mangsa," kata pegawai polis tempatan.

Susulan itu, anggota polis yang bergegas ke rumah dua beranak itu menahan bapa mangsa.

"Kertas siasatan jenayah telah dibuka dan lelaki warga emas itu akan didakwa dengan tuduhan membunuh," ujarnya. 



Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 11-4-2023 10:11 AM
Mungkin bapa nya dah lama bersabar dgn anaknya yg kurang adap.
Quote apech 11-4-2023 10:13 AM
karipule            
Quote Simunggu 11-4-2023 11:23 AM
kebodohan apa kah ini???
Quote printercomel 11-4-2023 11:38 AM
Amboi pakcik dah puas melantak sampai terbongkang terus bunuh anak pulak ye. Abistu sape nak tolong pakcik jual putu mayam esok?
Quote doridori_hi 11-4-2023 11:40 AM
Tak boleh adjust dah otak theols nih..
Quote supernaturalee 11-4-2023 01:25 PM
sebab kari ayam pun sampai nak berbunuh2??????

Quote kakikuDibibirmu 11-4-2023 01:27 PM
Pasal belacan pun nak memancung-mancung?
Quote syamzana 11-4-2023 01:28 PM
sedapnya gulai ayam dlm pic tu
Quote noor2 11-4-2023 01:41 PM
Patut bapak tu pi batu belah batu bertangkup...

Sb kari ko sanggup bunuh anak
Quote capwayang 11-4-2023 01:53 PM
..2 scenario. Bapak - aku beli aku masak aku makan la, kau mengabihkan boreh je kuat merayau. Anak beli anak masak keluar jap bapak makan sampai habis, kempunan terus marah..
Quote ketambangkang 11-4-2023 01:56 PM
kesian anak dia, ye la sana hidup susah, dpt mkn kari ayam tu pon entah brp kali je setahun
Quote Skuau 11-4-2023 04:19 PM
Edited by Skuau at 11-4-2023 04:21 PM

Ingat bapak majuk.. nak lari ke BATU BELAH...BATU BERTANGKUP.....idokla....nah..amik ko nak....
Quote umbut 11-4-2023 05:55 PM
Org tgh lapar jgn buat main ye.. pastu both baran.. gasakkk
Quote gideoncross 11-4-2023 06:24 PM
umbut replied at 11-4-2023 05:55 PM
Org tgh lapar jgn buat main ye.. pastu both baran.. gasakkk

Aiol prnh sdara mra msa iol tngah kbuluran, dh lh jln jauh, mkn pun blum, tau2 trun dri kreta sibuk cri tudung bru kat kdai plak. Aiol ckp dh lapar, mri mkn dlu, msing2 buat bdoh dgn pakej puji mmuji tudung2 yg ada dpn mta, last2 iol maki hamun tinggi suara bgithu yg iol dh kbulur, bru trhegeh2 nak cri tmpt mkn. Bodoh.
Quote kakikuDibibirmu 11-4-2023 06:36 PM
Karipulley
Quote kakikuDibibirmu 11-4-2023 06:38 PM
@uori pulak suka megi kari
Quote uori 11-4-2023 07:28 PM
kakikuDibibirmu replied at 11-4-2023 06:38 PM
@uori pulak suka megi kari{:m ...

kaka janganlah, kita lapar nihhhhhhh
Quote babysolaris 12-4-2023 01:46 AM
uish.. jgn buat main main kalau orang tgh lapar.. boleh mati kena pukul. takziah ya
Quote babysolaris 12-4-2023 01:47 AM
uish.. jgn buat main main kalau orang tgh lapar.. boleh mati kena pukul. takziah ya

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.063469 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top