CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Banduan? Kerajaan Buat Dulu Baru Sektor Swasta Ikut

11-4-2023 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 674| Komen: 13

Kerajaan disaran menjadi contoh dengan mengambil banduan bekerja dalam sektor awam sebelum meminta sektor swasta berbuat demikian.

Tindakan itu diyakini mampu memberi gambaran positif dan memberi dorongan, terutama kepada peserta industri dan sektor swasta yang masih takut untuk mengambil golongan berkenaan bekerja di syarikat mereka.



Gambar hiasan/BH

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abd Ghani, berkata kerajaan perlu menjadi teladan untuk meyakinkan sektor swasta supaya turut menggaji banduan, sekali gus menangani masalah kebergantungan terhadap pekerja asing seperti dihadapi kebanyakan sektor ketika ini.

Berikutan itu, beliau mengesyorkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memansuhkan peraturan khusus pelantikan kakitangan awam yang menetapkan mana-mana calon tidak boleh memiliki rekod jenayah.

Ketika ini, syarat pelantikan perkhidmatan awam menetapkan semua calon tidak boleh mempunyai apa-apa rekod jenayah, selaras Fasal 14.2.i Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kaedah Pelantikan Pegawai Dalam Perkhidmatan Awam dan Urusan-Urusan Lain Berkaitan Pelantikan.


"Ada segelintir majikan sektor swasta sudah memulakan inisiatif ini, tetapi tak dinafikan sebahagian lagi masih gusar dan terpalit dengan stigma berkaitan banduan.

"Namun, gambaran dan tanggapan berbeza berkaitan golongan ini akan terhasil, jika kerajaan sendiri menyerap golongan ini ke dalam sektor awam.

"Kerajaan perlu buat dahulu, sebelum meminta pihak lain untuk mengambil tindakan itu," katanya kepada BH.

Beliau mengulas kegusaran segelintir majikan yang masih takut untuk menggajikan banduan, seperti dinyatakan Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), kelmarin.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 11-4-2023 10:06 AM
habis la gengster2 melawan pegaawai pasni klu serap ke gomen...
yg pegawai2 berani ckp belakang n buat tindakan undang2 pastu sebut nm org lain lagi haru sok.....
Quote Kitty_catz 11-4-2023 01:25 PM


alah banyak je kut peluang pekerjaan ada, join je la gig economy
Quote Orix 11-4-2023 01:32 PM
untung lah najib keluar penjara nanti dah boleh terus dapat kerja
Quote Belibis 11-4-2023 02:45 PM
Orix: untung lah najib keluar penjar ...

Bukti dah depan mata.pmx peneraju.
Quote Skuau 11-4-2023 02:58 PM
Edited by Skuau at 11-4-2023 03:00 PM

Buta ke..bengong...BUKTI dan FAKTA ada depan...mata tuuuuu.
Quote ally9970 11-4-2023 05:17 PM
Aku pernah cuba program ambil parolese sebagai pekerja, tapi kos terlalu mahal. At last aku ambil pesalah juvenile sebagai pekerja
Quote krustykrab 11-4-2023 05:23 PM
Kan ke dah ada contoh
Quote _blackbird 11-4-2023 05:23 PM
gomen siap angkat ex convict jd pm lagi. jawatan terpenting dlm negara lagi.
Quote Kitty_catz 11-4-2023 05:30 PM
ally9970 replied at 11-4-2023 05:17 PM
Aku pernah cuba program ambil parolese sebagai pekerja, tapi kos terlalu mahal. At last aku ambil pe ...

meols ada baca kat fesbuk pasal ni. ada yg komen mmg tak nak dah amek,.. apa taknya, masuk kul 8am kul 10am dah cabot dan sangat susah nak control

mmg tak boleh lentur dan serap masuk balik dlm masyarakat dah banduan2 ni semer... hat yg sugges tu le serap tengok  macam mana dulu

lgpn berlambak2 kut fresh grad menganggur... kut bagi pilihan mmg tak haku nak amek pun kut dah jobless grad bersepah2 kan.. suchi morni mcm embun pagi lagi sbb fresh dari ladang


ni baru dapat email from MIDA under program MARii utk 'matchmake' kan fresh graduates dgn industry, siap nak arrange itw lagi.. tapayah susah2 advertise dah skang.. deme pulak cari kita siap appoint officer to email personally tauuuu bukan bot...


Quote batmana 11-4-2023 05:31 PM
PM ANWAR bekas banduan..okay je

Quote ally9970 12-4-2023 08:42 AM
Kitty_catz replied at 11-4-2023 05:30 PM
meols ada baca kat fesbuk pasal ni. ada yg komen mmg tak nak dah amek,.. apa taknya, masuk kul 8am ...

Any program from Marii aku blacklist, bila meeting sekali MIDA n MITI, sembang punyalah kencang, bila follow-up, call tak angkat, email tak berbalas...
Quote Kitty_catz 12-4-2023 08:53 AM
ally9970 replied at 12-4-2023 08:42 AM
Any program from Marii aku blacklist, bila meeting sekali MIDA n MITI, sembang punyalah kencang, b ...

haaa ye ke?

haku pun blacklist la jugehkkkk camtu

thanks for the heads up kaka!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.150453 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top