CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Henti Mentaliti Subsidi' - Bos Mydin Tegur Peniaga Jual Menu Rahmah

11-4-2023 08:58 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1019| Komen: 10|Original author: Tatod

Golongan peniaga yang menyediakan Menu Rahmah diingatkan supaya berhenti daripada mengharapkan subsidi tambahan kerajaan dengan menjadikan pembabitan dalam program itu sebagai alasan.

Pengarah Urusan Pasar Raya Mydin, Ameer Ali Mydin, berkata ini kerana ini inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan adalah bersifat sukarela dan tiada paksaan kepada mana-mana peniaga makanan.


Malah, beliau menegaskan majoriti bahan mentah di negara ini sudah pun diberikan subsidi oleh kerajaan dan harga bahan asas juga menunjukkan trend mereda.

Gambar hiasan.

"Kerajaan dah bagi banyak subsidi...ayam, telur, malah beras kita juga disubsidi oleh kerajaan. Jika peniaga merasa terbeban, jangan jual (terbabit program Menu Rahmah).

"Kita kena sedia maklum apabila inisiatif ini diumumkan, ia bukan paksaan. Siapa nak jual mereka boleh jual, siapa yang rasa tak mampu (nak tanggung kos), tak perlu jual. Mentaliti subsidi kena hentikan," katanya seperti dilaporkan FMT.


Sabtu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan kajian menyeluruh berhubung insentif kepada peniaga terbabit dalam pelaksanaan Menu Rahmah akan dibuat selepas Aidilfitri.

Ia susulan rasa kurang senang beberapa pengusaha makanan Menu Rahmah yang dilihat seperti lebih menguntungkan kerajaan dari segi publisiti.

Berhubung komen peniaga itu, Ameer Ali yang tidak bersetuju berkata, peniaga yang terbabit dalam program Menu Rahmah sebenarnya mendapat manfaat berganda berbanding kerajaan.

"Sebenarnya yang ambil nama (dari Menu Rahmah) ini peniaga, sebab orang pergi ke kedai mereka kerana ada jual menu murah," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, peniaga juga perlu kreatif memperkenalkan Menu Rahmah kerana tidak semua hidangan ditawarkan perlu dijual pada harga murah.

"Dalam 30 menu dijual, peniaga boleh pilih dua atau tiga menu saja untuk terbabit dalam program Menu Rahmah. Ia meliputi 10 hingga 15 peratus sahaja daripada kos bahan mentah....masih boleh untung," katanya.

Beliau pada masa sama menyuarakan keyakinan program itu mampu bertahan lama berdasarkan sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan peniaga yang ditemuinya.

"Kalau peniaga dah cuba dua, tiga bulan tetapi tak balik modal dan tak boleh tanggung kos, boleh berhenti.

"Tetapi majoriti yang saya jumpa mereka gembira jual Menu Rahmah ada yang kata makin ramai pelanggan," katanya.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 11-4-2023 09:11 AM
tak payahla komen ameer ali pun. dah kau memang la boleh jual menu rahmah jd marketing pasal segala raw material tu sendiri jual dah la beli harga bulk. peniaga2 tp jalan ni kalau gerai kecik2 tu bukannya beli satu kontena bahan masak pun.

Quote Simunggu 11-4-2023 12:08 PM
kau senanglah cakap..kau org kaya...
Quote kakikuDibibirmu 11-4-2023 12:52 PM
Melayu memang bangsa subsidi bangsa tongkat
Quote HabukBesi 11-4-2023 02:02 PM
whattt..............
Quote kucingitam 11-4-2023 02:04 PM
betullah apa dia cakap tu..takde sapa pun paksa buat menu rahmah..
Quote Lavender_Violet 11-4-2023 03:05 PM
Betul lah tu...malu lah sikit...asyikkkkkkkk nak harap subsidi
Quote aHoi83 11-4-2023 03:51 PM
He she nak limelight jah . Groceries di mydin mahalnya saing2 hypermarket urban. Baik shopping di lotus or giant. Sapa penah keje dgn dia ni tau la perangainya
Quote Decaffeinated 11-4-2023 03:59 PM
Mengharap subsidi supaya boleh join jual menu subsidi sedangkan tak ada siapa paksa pun.

Pelik tapi benar.
Quote Kuin-Kepam 12-4-2023 11:03 AM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.047022 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top