CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diabaikan Daripada Kecil, Bila Dah Senang Gaji Besar Mak Ayah Datang Menempel, Buat Anak Macam 'Bank'

11-4-2023 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2032| Komen: 25

Seorang wanita  mengakui teringin untuk mempunyai sebuah keluarga yang sempurna dan tidak bercerai berai.

"Pernah tak rasa kau tak ada tempat yang kau boleh panggil sebagai rumah? Mak abah aku ada lagi, tapi aku tak bercakap dengan mereka sudah lama.


"Mereka sendiri lepas cerai dah ada keluarga sendiri. Anak-anak sedia ada diketepikan atau dianggap sebagai orang luar dan pengacau dalam rumah tangga baharu mereka berdua.

"Aku sendiri lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh dikatakan merempat cari duit sendiri.

"Walaupun aku dapat tawaran universiti, bapa aku siap-siap dah kata, dia tak ada duit. Walaupun kalau ikutkan pendapatan dia dah cecah RM8,000 ke atas. Tapi dia Iebihkan kepada keluarga baharu dia," kata wanita itu terkilan.


Gambar Hiasan

Wanita tersebut mengakui hidupnya terkontang-kanting dan dia dahagakan kasih sayang seorang ibu dan ayah.


"Bayangkan remaja perempuan, tak ada pengalaman hidup apa pun. Dicampak keluar. Dibiarkan keseorangan cari jalan nak hidup.

"Selama berapa tahun aku hidup, aku kebuluran dan tak tentu arah dalam hala tuju hidup. Pindah sana sini sebab nak cari kerja dan tempat tinggal yang selamat. Mak bapa langsung tak tolong.

"Sehinggalah aku dapat tawaran kerja dengan gaji yang Iebih baik di negeri berlainan. Semuanya berkat keputusan SPM aku yang cemerlang.

"Kemudian segalanya berubah dan apa yang berlaku membuatkan aku rasa seperti dihiris-hiris hati ini," ujar wanita itu kecewa yang teramat.

Wanita itu mengatakan setelah keadaan hidupnya bertambah baik, ibu bapanya mula kembali untuk mencarinya semula.

"Tiba-tiba mak bapa aku pandang aku seolah-olah seperti bank. Sedap je minta duit bayar itu ini termasuk minta aku tanggung adik-adik aku yang masih sekolah.

"Aku cuba tolong mana yang mampu. Tapi aku pun ada masalah peribadi aku sendiri, seperti politik tempat kerja termasuk gangguan seksual dengan lelaki-lelaki miang di pejabat.

"Sebab aku muda. Aku tak faham. Aku tak ada panduan hidup. Aku tak ada didikan daripada seorang ibu dan ayah," kata wanita itu yang hidupnya dirasakan begitu membebankan.

Wanita tersebut sangat menginginkan untuk mempunyai seorang bapa yang mengambil berat ke atasnya agar dia boleh berasa selamat.

"Masa ni walaupun kerja aku bagus dengan gaji yang tinggi, aku mula tak tentu arah, sebab aku kusut sangat. Aku rayu-rayu pada bapa aku, datang tengok aku dekat tempat kerja aku.

"Nak tunjuk kepada orang lain yang aku ada bapa yang ambil berat pasal aku. Tapi bapa aku tak kisah pun, aku makin teruk kena buli. Sampai satu tahap, aku berhenti kerja.

"Aku tak beritahu mak bapa aku pasal benda ni, aku nak putuskan hubungan dengan mereka. Aku cari kerja lain di negeri lain.

"Aku bawa diri. Tak ada tempat dah yang aku boleh panggil sebagai rumah," katanya.

Walaupun berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebih baik, wanita itu mengatakan hidupnya kini hanya merana.

"Sekarang, aku wanita bujang berumur 30 lebih. Tinggal di kawasan Kuala Lumpur.. Masih hilang arah. Aku bukan liar, cuma aku dah tak kuat nak hadap semua ni seorang diri. Aku penat.

"Asal ada hari cuti, aku pergi ke hotel murah larikan diri. Sekarang bulan puasa, bayangkan aku tak ada tempat nak pergi. Aku berbuka puasa sendirian. Aku akan raya sendiri.

"Aku tak ada tempat yang aku boleh panggil sebagai rumah. Aku sedih dan pilu," kata wanita itu menoktahkan bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya cuba memberikan wanita itu kata-kata semangat.

"Boleh singgah mana-mana masjid berbuka sekali ramai-ramai. Especially masjid besar macam Masjid Wilayah Persekutuan.

"Ramai lagi di luar sana yang berbuka berseorangan. Untuk ada keluarga tidak bermaksud ia harus melalui pertalian darah.

"Cari komuniti anda sendiri yang boleh serasi dengan anda, kawan dan pasangan yang anda boleh bina untuk menjadi keluarga bahagia. Jangan ulangi kesilapan ibu bapa anda, it's a cycle," ujar sebahagian warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 11-4-2023 02:00 PM
Aku ada kawan dekat, mak ayah bercerai. Mak ayah memasing dah kawin baru ada anak baru masing2. Kawan aku terkontang kanting sendiri.
Quote intan244 11-4-2023 03:12 PM
meols pon dr awal ramadan everyday sahur buka puasa sorg2x taun ni. kecuali month end ritu kena ot so buka puasa ramai2x kat office. tp meols ok je.  
semoga tabah ya, semua org ada ujian masing2x.
Quote PULANGKAN 11-4-2023 03:15 PM
begitulah nasib sesetengah anak di dunia ni

kalau negara lain, diorang panggil "familiar".
translate bahasa kasar kita, macam bela saka kut

beranak, then tentukan nasib budak tu. sama ada sebagai anak, untuk disayangi, atau sebagai saka keluarga. diasingkan/ disisihkan daripada adik-beradik sendiri, dah besar, kena pegi kerja, cari duit untuk bagi mak bapak.

ada yang kena hantar kerja luar negara, sebab rate tinggi. ko hidup ke, sakit ke, patah riuk ke, kena samun kena rogol ke, yang utama, send duit balik.
yang keje dalam negara, pi berhijrah negeri lain. cari kerja. minimum send duit tiap bulan, RM200. cuti umum ke, puasa ke, raya ke, jangan balik rumah. pegi keje. sebab hari tu dapat gaji double triple.

kalau tak buat, mak bapak akan gunakan kuasa veto seperti,
"Aku haramkan susu badan aku!"
"Kau bukan anak aku! Anak tak kenang budi. Tau dulu aku cekik ko sampai mampus. Jangan harap kau masuk syurga!"

kita rasa macam takde pilihan.
keje. keje. keje. send duit. keje. keje. keje. send duit
puasa? sorang2. raya? sorang2. birthday? renew lesen

dah tua ni, nak rasa sedih pun dah hilang. lantak ko la labbuuu
satgi phone berbunyi, cakap baik, manis bukan main. tak lain tak bukan, tanya dah gaji ke belum. idok ler nak tanya sihat ke tak, bila nak balik ke ape

eh vavi sungguh aku terbebel. ya amponn matilanaakk
Quote ninja boy 11-4-2023 05:02 PM
Edited by ninja boy at 11-4-2023 05:11 PM

Mereka solo2 kena ada support system kalangan solo2 yg lain, cipta team yg kuat, buat activity sama2 jika ada masa, memandangkan hidup sebatang kara spt yatim piatu gitu,  spt kelab joging sama2, raya sama2, anak yatim, andartu antertu bujang tua, kelab oku.
Ttg parent minta wang itu, pindah jauh2 jgn bg tau gaji brp, address dari bank kasi tukar, tukar ic address
Quote Bipolajourney 11-4-2023 05:09 PM
ninja boy replied at 11-4-2023 05:02 PM
Mereka solo2 kena ada support system kalangan solo2 yg lain, cipta team yg kuat, buat activity sama2 ...

Tak lupa kelab multinicknames.
Quote jas7512 11-4-2023 05:19 PM
I pun buka posa dan sahur srg2 but i am happy becoz masih lg bernyawa..blh baiki apa yg patut  bila hijrah ke negara abadi...kuncinya adalah ikhlas...bglah yg seikhlas hati pd mak bapa...x semestinya bg yg mrk minta..i pun tanggumg adik btadik mana yy x mampu seikhlas yg i mampu dan kita jd lebih tenang...thanks mak abah dan sedara mara..they treat me dgn baik..masalah wujud maybe sbb komunikasi..communicate lah dik dgn mak bapak u dan tawakal.pastu
Quote pocongkiutss 11-4-2023 05:23 PM
Kalau aku dpt mak bapak camni..jgn hrp la aku nk jd bank utk diorg
Quote naina 11-4-2023 05:25 PM
Kesiannya. Selfish tau mak bapak dah cerai tapi anak bersama tu diabaikan bila ada keluarga baru. Kesian sangat..
Quote green~tea 11-4-2023 05:48 PM
Edited by green~tea at 11-4-2023 06:27 PM

Aku dulu pernah ada masalah ni... tp bukan masalah dari mak pak aku.. tp mak tiri aku... setiap bulan call mintak duit... dia pakai henset ayah aku and always petik nama ayah aku nak itu ini utk justify minta duit... bil letrik ribu2... takut kena potong, aku jugak tukang bayar... makan minum mmg ribu la depa mewah2...  

mmg dia gunakan opportunity as taraf isteri kepada ayah aku utk peras duit aku... aku sampai stress bila incoming call number phone ayah aku... sbb aku sangat kerap balik jenguk ayah aku 2-3 kali sebulan, so tak perlu la call selalu.. kalo call tu mmg tak lain tak bukan sbb betina tu yg minta duit..


Lepas ayah aku meninggal in 2021, pompuan tu cuba minta duit lagi tp aku of course lee ghosting betina jalang tu... KAU SAPA... aku bank in duit selama ni pun sbb ayah aku je

Ada rasa lega  & syukur sangat2 terlepas dari beban being related dengan betina jalang tu lepas ayah meninggal... betina jalang tu pun dah menikah baru.... masa dengan ayah aku pun betina tu ada SCANDAL dgn jantan lain
Quote zehra2 11-4-2023 06:16 PM
dekatkan dgn Tuhan. gi berbuka n terawih kt masjid sekitar. balik pd agama. kenapa lah asyik nk merempan
Quote rosmahisham 11-4-2023 09:19 PM
Edited by rosmahisham at 11-4-2023 09:24 PM

Keadaan mcm ni mungkin terasa sedih bila nk raya..tgk.org best happy meriah je dgn family msg2.Kesian pulak kat adik ni blm ketemu jodoh.klu dia dh kawen mungkin hidup lebih happy..x yah pening kepala pikirkn mak bpk yg toxic tu..buang karen je..patut sheols fokus n lebih kn ibadah byk kn ngaji..ngaji tu mcm.bc novel jgk lama2 jd gian!klu nk lyn kdrama  ke thai lakorn ke turki ke ok jgk..citer china n taiwan pon best2 apa skrg..mesti hilang duka merana semua tu..bwk2 membaca novel ke tnm.pokok bunga ke..dr pikir yg sedih2!hidup kena buat2 happy..walopon x happy mana!
Quote rogayahtop 12-4-2023 07:53 AM
ciannya. tp tetaplah sanggup jadi bank kan.
kalau akak mmg bye bye la makbapak mcm ni.

part mintak duit tu mmg selalu sgt la janda mintak bantuan kali ke 29 gamaknya, tak pernah akak bg kalau dia mintak personal, tp dia tetap rajin copypaste cerita2 sedih ke nombor2 dlm grup. dgn akak dia nak puluh2 je nak bayo bill, dgn semua org cerita lain2, tp tetaplah ada yg termakan kesian, transfer je lah puluh2 je pun. dah bertaun tetap ada masalah nak bayo itu ini anak nak masuk sekolah pun tak berduit nak beli kasut semua benda lah. Sampailah sorang kawan akak ni buat initiatif cari info sampai tempat keje bekas laki dah meninggal rupanya hutang personal berpuluh ribu, bininya beli emas. Patutlah pernah terkantol komen2 dekat fb. Hobi beli emas rupanya dgn duit2 derma org tp groceries, bil, belanja anak tak nak keluar duit sendiri. Sampai skrg dok scam org dgn status janda walaupun dpt bantuan single mom semua tu pasal dah selesa dgn meminta2.


Quote green~tea 12-4-2023 09:00 AM
Edited by green~tea at 12-4-2023 09:01 AM

Kebetulan kat newsfeed iols ada came across this very good tips utk yang asik blame the parents...

Life is a choice... and kita yang responsible with the consequences of our choice..
Quote green~tea 12-4-2023 09:03 AM
rogayahtop replied at 12-4-2023 07:53 AM
ciannya. tp tetaplah sanggup jadi bank kan.
kalau akak mmg bye bye la makbapak mcm ni.


Dia keje ke tak?

Ei tak malu nya muka meminta2 all the time
Quote Lavender_Violet 12-4-2023 09:04 AM
Sedihnya cerita ppuan ni
Dia kena kahwin, dpt suami yg baik, baru lah impian hidup dlm keluarga sempurna tu tercapai
Bila baca kisah ppuan ni, teringat kat akk sendiri...tak kahwin, umo dah 48
Bab duit x ada masalah, setahun travel 7-8 kali
Mak ayah kami dah meninggal, adik beradik bawak haluan masing2, sesekali berjumpa
Raya...semua raya kt rumah mertua
So aku terpk akk aku tu mesti lonely hidup dia
Tapi dia sejenis aktif...join grup hiking, most of the weekends dia pergi hiking, bulan 6 ni nak naik Gunung Kinabalu
Selain dari tu dia selalu keluar lepak dgn kawan2 sekolah dia, merayap sana sini
Aku harap despite aktiviti2 ni dia tak kesunyian
Ppuan dlm kisah ni maybe dah terlalu trauma dgn kehidupan lalu dia
Harap dia tabah dan tak buat bnda2 bodoh
Quote mojarean_X 12-4-2023 09:07 AM
Iols harap dia dpt berjumpa laki yg baik2. Same goes to semua perempuan yg 3 series. 3 series byk dugaan sebenarnya
Quote pocongkiutss 12-4-2023 09:09 AM
green~tea replied at 11-4-2023 05:48 PM
Aku dulu pernah ada masalah ni... tp bukan masalah dari mak pak aku.. tp mak tiri aku... setiap bula ...

Kalau iols..iols tak layan betina tu..dia petik nama bapak iols utk dptkan duit..iols akan ckp "ye ke? Takpelah saya tanya kat ayah sendiri  dulu yeee mokcikkk..kalau betul dia nak..sy belikan utk ayah sendiri"

Geram pulak baca pasal mak tiri uols nih
Quote mojarean_X 12-4-2023 09:10 AM
green~tea replied at 11-4-2023 05:48 PM
Aku dulu pernah ada masalah ni... tp bukan masalah dari mak pak aku.. tp mak tiri aku... setiap bula ...

Bagus lah kak green tea, sepanjang bapa akak hidup akak redha je. Lps tu, terkejut betina tu realiti sebenar
Quote rospinki 12-4-2023 09:10 AM
dia luah sebab ras beban dalam hati sekurangnya dapat melegakan perasaan tak puashati tu. penderaan mental dari kecik ni byk kesan buruk pada individu tersebut. tapi terpulang juga pada diri sendiri utk move on dan tak semestinya ko memusuhi mereka tapi lakukan dgn bijak dan bina sempadan utk mengelakkan mereka. just lakukan tggjwb sbgi anak. mohonlah pada Allah agar diberi kekuatan. jgn merintih2 bgini tiada siapa pun peduli diorg tak faham.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.175216 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top