CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bad Indigo Nafi Tayang Kekasih Dengan Niat Untuk Bersaing Dengan Ashira

10-4-2023 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7476| Komen: 83

"Kenapa... pasal kekasih saya yang dikatakan hanya ilusi? Ini rakan sekerja saya. Dia dah pernah tengok kekasih saya,"kata Bad Indigo yang bertegas menafikan dia mereka-reka cerita berkenaan kewujudan kekasih barunya.


Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, berkata, menjadi haknya untuk menyimpan sendiri atau berkongsi perkara ini dengan orang lain.

Foto: IG

"Kita kongsi untuk kawan-kawan dalam media sosial. Saya pun ada pengikut juga. Tapi kenapa yang warganet tak puas hati dan nak bahankan saya sangat.

"Bila saya semak detail profil mereka, seakan-akan akaun palsu. Yang mereka tahu hanya nak caci, maki dan kutuk. Saya terkejut juga kerana sifat mereka yang begini.

"Nak caci maki orang mudah sangat keluar dari mulut mereka. Kata saya dah tua, ingat mati, cacat dan menyusahkan orang. Apa yang sampai cakap begini. Memang tak faham," katanya kepada Harian Metro.




Menurutnya, dia tidak pasti sama ada warganet ini dalam kategori 'keyboard warrior' dengan apa yang diperlihatkan mereka.

"Mungkin juga sebab kalau kita tengok betul-betul, akhir zaman memang teruk. Fitnah dah jadi perkara biasa macam tak takut langsung.

"Kita diam sajalah tapi saya selalu nasihatkan emak dan keluarga supaya jangan baca komen. Fasal nanti mereka sakit hati. Tapi ada juga yang mereka tertengok.



"Mereka tak boleh tahan, tetap nak tengok juga. Macam saya dah dilatih untuk tak melayan. Saya sedih juga bila emak sendiri keluar kat komen kata jangan risau, mami tahu dia wujud. Mesti dia terasa dengan komen-komen terhadap saya," katanya.

Bad berkata, dia kini cuba kurangkan hantaran berkenaan kekasihnya bagi mengelakkan kecaman sebegini.




"Yang tak seronoknya Instagram saya tapi kena minta kebenaran orang untuk buat hantaran. Itu sangat merepek. Ig saya punya, jadi hak saya untuk berkongsi. Asalkan saya tak mengganggu mana-mana pihak. Kenapa ada yang nak 'panas punggung'? Saya banyak kali cakap, tak perlu maki datang tempat kerja saya dan jumpa depan-depan. Saya okey. Saya nak tegaskan apa yang dibuat bukan untuk menyaingi bekas isteri, Ashira kerana kami tidak mengikuti sesama sendiri di media sosial. Kami tak pernah tahu cerita satu sama lain," katanya. Menurutnya, mereka kini ada haluan masing-masing dan tidak perlu lagi berurusan dan tidak mengganggu antara satu sama lain. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 10-4-2023 03:35 PM
Saya sedih juga bila emak sendiri keluar kat komen kata jangan risau, mami tahu dia wujud.


mami pun belum jumpa juga lah



Quote yylkasy 10-4-2023 03:45 PM
Hmm. Macam kena catfish je. Mcm bkn gambar sebenar, letak2 sticker. Sian kalau kena tipu.
Quote hanihan16 10-4-2023 04:49 PM
kalau tgk gambarnya walaupun ada sticker, nampak mcm cun & muda lagi budaknya. dah pernah video call ye katanya? i iz taksabarrr nak tau ni catfish jugak ke benar benar kejadian
Quote Hoola 10-4-2023 04:56 PM
bole mnta tolong baby tolakkan wheelchair jln2 kat bazar ramdan
Quote eyansss 10-4-2023 04:57 PM
ada video call ngan anak2…  ada hantar2 video…  ok la tu…  cuma satu je den nak cakap…  jangan aniaya anak orang bad oiii…  melainkan dia memang tau kemampuan ko tahap mana n setuju dianiayakan…
Quote dua_chzy 10-4-2023 05:10 PM
Bang Bad, kau pegi bayar sini pehtu do reverse image search on kekasih kau bang Bad.

https://socialcatfish.com/ris-me ... p;utm_term=15354853

Sudah terang lagik bersuluh gambar2 jenis begini biasanya scammers guna huntok pancing jantan2 kesepian, lagi nak in denial.
Quote dua_chzy 10-4-2023 05:11 PM
Aiol buat reverse image search dapat 40 matches tapi koser la nak membayar.
Quote fcl29 10-4-2023 06:57 PM
sticker tu bad yg letak atau budak tu bg siap2 dah sticker butterfly tu?
Quote Belibis 10-4-2023 07:31 PM
Senang cakap,kalau real ada awek lawa,manjah..buat apa nak sorok2 dengan stiker.biar jantan2 lain melopong tengok.
Quote sleepandream 10-4-2023 08:11 PM
tak payahla layan kalau dah tau akaun fake...
dah tua2 ni carilah hobi baru...
Quote orglama 10-4-2023 08:15 PM
Minah scammer ni tak penat ke nak bagi harapan palsu kat org? Udah2 la tu...
Quote HappyGumbira 10-4-2023 08:15 PM
kalau real, tengok mata macam muda lagi. ko biar betik bad? kang drama lain. kalau kena catfish, ko memang xbljr dr kes azri azra la
Quote LaskarHijayu 10-4-2023 08:26 PM
dua_chzy replied at 10-4-2023 05:10 PM
Bang Bad, kau pegi bayar sini pehtu do reverse image search on kekasih kau bang Bad.

https://social ...

Hahahaha.... adoiii udah2 la bad ponnnn...
Quote OyaTonggek 10-4-2023 08:29 PM
MEOLS BENCI BETHOL GAMBAR LETAK2 STICKER KT MULOT NI...acah2 sgt.
Quote anony-mous 10-4-2023 08:52 PM
Sticker tu bad yg letak ke pompuan tu?
Quote timah03 10-4-2023 10:02 PM
Dah Tua berbaby2...babyyyyy betul...
Quote QueenIsolde 10-4-2023 10:04 PM
Dia ni kann gigihh sgt..bukan nak shaming heols tp tengokkan keadaan dia mcm skang ni, patutnya dia lebih fokus kat anak, diri sendiri dan dekatkan diri ng Allah. Ni yg kuar citer dia pasal #rmd lah bazar lah
Quote naina 10-4-2023 10:31 PM
Adui kesepian sungguh si bang bad ni..umur hampir separuh abad masih nak bercinta persis bbnu. Baby b baby b I love u muah. Ayoo. Takpelah bang bad iols doakan semoga Uolls bentol2 temui kebahagiaan bersama tersayang yang sanggup terima kekurangan u
Quote telracs 10-4-2023 10:39 PM
Belibis replied at 10-4-2023 11:31 AM
Senang cakap,kalau real ada awek lawa,manjah..buat apa nak sorok2 dengan stiker.biar jantan2 lain me ...

Kan...
Buat macam nenek ni haa...
If you are real, keep it real... gitew...

Hye, belibis...
Nenek nak bersara dah b4 aidil adha...
Jom ngeteh...

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039115 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top