Wany Hasrita akhirnya mengaku sedang hamil ketika mengendalikan sebuah rancangan Ramadan, baru-baru ini. Menerusi rancangan tersebut, Wany diusik oleh dua pengacara lain iaitu Amin Idris dan Khir Rahman tentang dirinya yang kelihatan berisi.
“Abang, berisi-berisi tak boleh. Saya makan untuk dua orang,” katanya membalas usikan Amin Idris. Kedua-dua pengacara tersebut juga terkejut dan gembira kerana akhirnya Wany mengaku mengenai keadaan dirinya. Sebelum ini, muncul desas desus yang mengatakan bahawa Wany sedang berbadan dua tetapi penyanyi lagu Canggung ini memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.
Netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan gembira dengan pengakuan Wany tersebut. “Tahniah Wany!” tulis peminatnya. -CARI Sumber: XTRA
|
mizruncing replied at 10-4-2023 04:20 PM
dlm cerita apa ntah masak2 dia ngan laki dia kt tv3 ari tu pon mmg dia ngaku dah kan. siap ckp sy ma ...
kechikchomel replied at 10-4-2023 04:30 PM
iolss masa adik iolss buka cite tu, iolss kat dapur. pastu dengar suara pompuan macam suara kartun ...
ADVERTISEMENT