Seorang pengguna TikTok berkongsi video dirinya disapa oleh Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin di sebuah kedai makan. Pada awalnya, hanya dia bersama keluarga sahaja yang berada di restoran tersebut untuk menikmati juadah bersahur.
Menurutnya tak lama selepas itu Sam dan Syatilla datang dan menyapa mereka dengan mesra seolah-olah sudah saling mengenali. Sikap peramah pasangan dua sejoli itu mengundang pelbagai komen positif yang rata-rata memuji sikap ramah yang ditonjolkan mereka berdua. “Betul Sam memang peramah. Saya pun jumpa masa iftar di Opero. Peramah sangat diorang datang meja tegur. Very humble artis yang pernah jumpa.
|
ADVERTISEMENT