Pelakon Uqasha Senrose bersyukur dengan perkembangan terbaharu tahap kesihatan suaminya, Kamal Adli yang sudah kembali pulih selepas insiden dipukul di Singapura pada bulan lalu.
Uqasha berkongsi perkara berkenaan di dalam satu kemas kini di akaun Instagram miliknya. Menerusi hantaran tersebut dia turut berkongsi wajah mereka berdua yang dlihay ceria dan bahagia. Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang turut gembira dengan perkembangan tersebut. Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang lelaki tidak dikenali menggunakan cota besi ketika pada acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura. Akibat serangan itu, dia mengalami kecederaan pada belakang kepala, muka dan badan. Sumber: Gempak
|
dudaberhias replied at 10-4-2023 01:41 PM
alhamdulilah... kes theyols dua ni senyap je kan...
instead of kes hempuk2 ni... kes buli sheols pla ...
ADVERTISEMENT