Mira Filzah menepis dakwaan kononnya perniagaan tudung di bawah jenamanya sebagai ‘back up’ kerjaya seninya. Katanya dia tidak pernah menganggap perniagaannya ini sebagai back up karier seninya melainkan untuk meneruskan cita-cita dan impian yang sudah lama tertangguh.
“Saya tak anggap benda ni as back up karier seni saya, sebab saya rasa Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni ni. Banyka lagi yang saya mahu lakukan. I wanna do more dan banyak lagi saya nak explore. “Dalam usia saya, status sebagai isteri dan ibu tidak menghalang saya untuk bergerak lebih jauh dan lebih besar dalam industri seni. Baru 30 tahun, long way to go sebab masih ramai lagi saya lihat artis yang berusia 40 tahun masih aktif dalam karier seni mereka. “Dan saya tak anggap perniagaan tudung ini sebagai back up kerana ini adalah sebagai cita-cita dan impian saya yang dah lama tertangguh,” katanya kepada XTRA.
|
Kurex replied at 10-4-2023 12:04 PM
Ritu kau kata nak berhenti.. nampak sgt statement kau cuma nak test market. nak tengok ada lagi tak ...
cicicumel replied at 10-4-2023 03:14 PM
Tudung dia nmpk lebih cantik drpd tudung Fazura. Sorry fan fazura..
ADVERTISEMENT