Kiah Propa berkongksi kisah duka tentang pembantu rumahnya yang melarikan diri. Katanya sebelum pembantu rumahnya melarikan diri, mereka sempat bersahur bersama dan hilang sewaktu Subuh.
“Tak payahlah aku nak viral-viral muka dia, kesian. Dia nak rasa majikan yang lagi baik dari Kiah. Kiah ni tak baik. Elok sahur dengan aku. Lepas Subuh hilang pintu terbuka je. “Dia kata kita membebel-bebel. Aku ni tak pernah ada bibik baru nak merasa ada bibik. Habis kalau dah umur 44 tahun, goreng ikan berdarah, goreng ayam berdarah, goreng kentang mentah, goreng cekodok kejap hitam kejap putih, goreng ayam hangit macam mana? “Kita ni kalau boleh jadi perempuan kenalah elok bersih. Tak kisahlah kamu orang gaji ke kamu bibik ke kamu manusia apa ke, betul tak? “Kenalah bersih. Apa guna kamu pembantu ataupun kamu mahu dibantu?” katanya dalam video tersebut.
Menurut Kiah lagi, dia ikhlas dalam mengajar pembantu rumahnya untuk membuat segala kerja yang tidak mahir dan mengharapkan pembantu rumahnya dapat belajar serta menerima dengan hati yang terbuka. “Selamat Hari Raya Seri! Semoga kau menyucikan diri,” katanya lagi.
|
Momohizan replied at 10-4-2023 10:59 PM
Seriously, I banned maid Indon, pekerja kedai Indon n contractor Indon. Sial jahanam. Maid Indon gig ...
ADVERTISEMENT